Wednesday, September 30, 2015

Budaya memberi









Masing-masing daripada kita mempunyai anak atau adik-beradik yang masih kecil. Jika ada-anak ini bersikap tamak dan berebut barang permainan dengan rakan-rakan mereka, kita kurang memberi perhatian terhadap menerangkan keburukan sifat tamak sebaliknya mengambil pendekatan memujuk. 

Namun, jika seseorang itu berumur 20 tahun atau 40 tahun, bagaimana kita hendak bertindak? 

Berfikir tentang orang lain, mengambil berat keadaan mereka adalah sifat yang paling banyak mendorong pembentukan nilai-nilai murni yang lebih besar. 

Saya dapati sifat suka mengambil berat orang lain ada kaitan dengan budaya memberi, jika kita kerap memberi sumbangan, sedekah atau memberi makan, lebih mudah untuk mengambil berat hal-hal orang lain yang memerlukan.


Post a Comment