Ketua Editor: Rose Abdullah dan Mohd Syahiran Abdul Latif
Tahun: 2015
Penerbit: UNISSA Press, Brunei dan UiTM Sarawak, Malaysia.
Muka Surat: 701
Prosiding kali ini mengutarakan tiga kertas kerja utama iaitu pengaruh netizen dalam lanskap dakwah di Borneo, kampus sebagai pusat peradaban Islam dan melestari dakwah di Brunei: pengalaman Pusat Dakwah Islamiah. Kertas kerja lain dipecahkan kepada tiga tema iaitu ekonomi, kewangan dan perbankan; pengurusan dan sains sosial serta sains dan teknologi. Rangkuman semua kertas kerja ini berjumlah 132.

Dalam prakata prosiding ini, editor menyifatkan penghasilan
prosiding ini sebagai usaha pengembangan ilmu dalam tema-tema yang
dibentangkan.
Dalam tema ekonomi, kewangan dan perbankan, pembentang
membincangkan mengenai kehalalan iaitu dari segi barangan, perkhidmatan, sumber
rezeki, fatwa dan kepentingan logo halal di samping menyentuh mengenai
pembangunan dan perkembangan ekonomi, inflasi dan sumber kewangan seperti zakat
dan wakaf.
Artikel dalam tema pengurusan dan sains sosial banyak
menyentuh metodologi dakwah, akidah, fiqh, kesenian dan pendidikan manakala sains
dan teknologi memaparkan beberapa artikel mengenai teknologi maklumat, alam
siber, sains pemakanan dan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment