Penyanyi jalanan di Pekanbaru, Riau mencari wang di warung tepi jalan. |
Program Nasional Pemberdayaan Masyarakat
Mandiri (PNPM) adalah program yang menaungi aktiviti PNPM Mandiri Perdesaan,
PNPM Mandiri Generasi, PNPM Mandiri RESPEK, PNPM Mandiri Pasca Bencana, PNPM
Mandiri R2PN, PNPM Mandiri Perkotaan dan PNPM Mandiri Pelancongan. Pelancaran
PNPM Mandiri dilakukan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 30 April
2007 di Kota Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia. Program ini merupakan
pengembangan yang lebih luas daripada perogram-program pembasmian kemiskinan
yang pernah dijalankan sebelum ini.
Matlamat PNPM Mandiri adalah sebagai payung
daripada pelbagai program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh jabatan
dan agensi kerajaan Indonesia yang menggunakan konsep pembangunan komuniti
sebagai pendekatan operasional. Di peringkat awal, terdapat dua program yang
menjadi teras iaitu Program Pengembangan Kecamatan (PPK) dan Program Pembasmian
Kemiskinan di Perkotaan (P2KP). Sebelum PNPM Mandiri dilaksanakan, terdapat
banyak program pembasmian kemiskinan di Indonesia yang menggunakan pendekatan
pembangunan komuniti seperti Inpres Desa Tertinggal (IDT). Program ini bermula
pada tahun 1993 iaitu di awal Repelita VI melalui bantuan dana pusingan
sebanyak Rp20 juta (RM17.5juta) setahun kepada lebih 20 ribu kawasan desa
terpinggir. Selain bantuan modal, peserta turut diberikan bantuan teknikal yang
bersesuaian dalam tempoh tiga tahun.
Peringkat kedua program pembasmian kemiskinan
dan pembangunan komuniti ialah Program Pemgembangan Kecamatan (PPK) yang
dilaksanakan oleh Departemen Dalam Negeri (1998), Program Pembasmian di
Perkotaan (P2KP) yang dilaksanakan oleh Departemen Pekerjaan Umum (1999),
Pemberdayaan Ekonomi Masyarakat Pesisir (PEMP) yang dilaksanakan oleh
Departemen Kelautan dan Perikanan, Kelompok Usaha Bersama (KUBE) yang
dilaksanakan oleh Departemen Sosial. Terdapat juga program-program lain yang
diuruskan oleh pelbagai agensi yang bergerak sendirian, tidak bersepadu dan sektoral.
PNPM Mandiri Perdesaan
Salah satu program pembangunan komuniti yang
menyokong PNPM Mandiri ialah PNPM Mandiri Perdesaan yang menyasarkan komuniti
desa luar bandar. PNPM Mandiri Perdesaan melibatkan pelaksanaan mekanisme dan
prosedur PPK sejak 1998-2007. Program ini menggunakan kegiatan dalam bidang
infrastruktur desa, pengurusan dana pusingan bagi wanita, pendidikan dan
kesihatan komuniti. Tiga komponen utama yang menjadi teras program ini ialah
Dana Bantuan Langsung Masyarakat (untuk pembangunan), Dana Operasional Kegiatan
(untuk latihan dan pembangunan komuniti) dan Perdampingan Masyarakat.
Dalam menjayakan PNPM Mandiri Perdesaan,
peserta digalakkan untuk melibatkan diri dalam setiap tahap bermula dari
perancangan, membuat keputusan sehingga pelaksanaan. Direktorat Pemberdayaa
masyarakat dan Desa (PMD), Kementerian Dalam Negeri menjadi agensi penting
dalam melaksanakan program ini. Sumber untuk membiayai program ini ialah dari
Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah (ABDB), Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate
Social Responsibility), dana hibah dan pinjaman dengan kerjasama Bank Dunia.
Prinsip-Prinsip PNPM
Oleh kerana PNPM menyesuaikan sepenuhnya
mekanisme dan prosedur Program Pengembangan Kecamatan (PPK), prinsip-prinsip dalam
PNPM sebenarnya meneruskan agenda yang telah dilaksanakan oleh PPK di samping
memberi penambahbaikan kepada program sedia ada. Prinsip dan ciri PNPM
ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Prinsip
|
Ciri-Ciri
|
Fokus
pembangunan manusia
|
Setiap
aktiviti bermatlamat meningkatkan maruah peserta.
|
Autonomi
|
Masyarakat
diberi kemudahan untuk megambil bahagian dalam menentu dan menguruskan
aktiviti pembangunan secara pengurusan kendiri (swakelola).
|
Desentralisasi
|
Urusan
aktiviti pembangunan sektoral dan wilayah diserahkan kepada pegawai daerah
sesuai dengan keupayaannya.
|
Orientasi
masyarakat miskin
|
Aktiviti
yang dilaksanakan mengutamakan kepentingan dan keperluan masyarakat miskin
dan kurang mampu.
|
Penglibatan
masyarakat
|
Masyarakat
terlibat secara aktif dalam setiap proses membuat keputusan pembangunan dan
menjalankan pembangunan bersama-sama.
|
Kesetaraan
dan keadilan gender
|
Setiap
orang mempunyai kesaksamaan dalam menunaikan peranannya di setiap tahap
pembangunan dan dapat menikmati manfaat tersebut secara adil.
|
Demokratik
|
Proses
membuat keputusan dilakukan secara musyawarah dan muafakat.
|
Telus
dan akauntabiliti
|
Masyarakat
memiliki akses yang mencukupi ke atas maklumat dan proses membuat keputusan
sehingga aktiviti dapat dilaksanakan secara terbuka dan bertanggungjawab.
|
Keutamaan
|
Kerajaan
dan masyarakat memberi keutamaan untuk memenuhi program pembasmian kemiskinan
dan memperkasa pelbagai sumber.
|
Kolaborasi
|
Semua
pihak yang berkepentingan dalam pembasmian kemiskinan digalak mewujudkan
kerjasama dan sinergi.
|
Kesinambungan
|
Setiap
keputusan wajar mengambil kira peningkatan kesejahteraan masyarakat.
|
PNPM Mandiri Perdesaan menjadi program
pembangunan komuniti yang terbesar di Indonesia merangkumi 42,319 kawasan
termiskin di negara itu. Pengelolaan program ini diletakkan di bawah Direktorat
Jenderal Pemberdayaan Masyarakat dan Desa bersama Tim Koordinasi yang
merangkumi pejabat Menko Kesro, Bapennas, Depdragi, Depkau dan Departemen
Kimpraswil. Di peringkat kecamatan (daerah), ketua seksyen PMD merupakan
pengurus projek atau Penanggungjawab Operasional Kegiatan (PjOK).
Pemantauan dan penilaian PNPMM melibatkan
proses penglibatan masyarakat oleh Tim Pemantau yang bertindak mengawasi
penggunaan dana yang merangkumi pemeriksaan harga, pengelompokan produk,
pengauditan dan laporan status kemajuan projek. Masyarakat juga mengkaji
laporan kemajuan program yang dibentangkan oleh Tim Pelaksana Kegiatan (TPK).
Seterusnya semua bentuk pencapaian dipaparkan di Papan Informasi setiap kawasan
yang terlibat.
No comments:
Post a Comment