Penulis: Fadlan al-Ikhwani
Tahun: 2012
Penerbit: Kelompok Penerbit Ziyad Visi Media, Surakarta, Indonesia
Muka Surat: 187
Tahun: 2012
Penerbit: Kelompok Penerbit Ziyad Visi Media, Surakarta, Indonesia
Muka Surat: 187
Fadlan al-Ikhwani merupakan penulis
Indonesia kelahiran Jawa Timur. Buku-buku motivasi dan penikahan menjadi
kegemarannya untuk tatapan pembaca. Antaranya ialah Don’t cry, Kujemput jodohku, Let’s
go dan Aku Pingin Nikah.
Dalam buku ini, tujuh sunah
yang dimaksudkan ialah menjaga wudhuk, solat tahajjud dan witir, solat fardhu
berjemaah, tadabbur al-quran, solat dhuha, puasa isnin-khamis dan bersedekah.
Setiap satunya disertakan
contoh yang menarik di samping berkat yang diperoleh selepas melaksanakan
satu-satu sunah ini. Sunah pertama iaitu menjaga wudhuk, diterangkan sekali
manfaat besar iaitu menghapuskan dosa-dosa kecil. Ia bersesuaian dengan hadis
riwayat Muslim yang bermaksud, “Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya,
maka keluarlah semua dosa dari tubuhnya hingga dari bawah kuku-kukunya.”
Begitu juga dengan solat
tahajud dan witir sebagai pembuka pertolongan Allah swt. Dua solat ini amat
bermakna kepada manusia yang mengharapkan bantuan Allah swt dalam setiap usaha
mereka siang dan malam.
Di akhir bab adalak kisah
kejayaan beberapa orang yang telah mengamalkan tujuh sunah ini secara istiqamah.
Setiap perbuatan yang dicontohkan
atau diperintahkan Rasulullah saw tidak pernah sia-sia. Hikmah diperintahkannya
mengandungi pelbagai manfaat mulai dari penjagaan diri daripada dosa hingga
sumber inspirasi untuk menambah keberkatan hidup.
Tujuh sunah yang ada dalam
buku ini akan memberi ilham yang sangat besar kepada pembaca dan tentunya rasa
bahagia apabila dapat melaksanakan semua tujuh sunah ini.
No comments:
Post a Comment