Penulis: Khalid Asy-Syantut
Tahun: 2013
Penerbit: PT Aqwam Media Profetika, Solo, Indonesia
Muka Surat: 208
Tahun: 2013
Penerbit: PT Aqwam Media Profetika, Solo, Indonesia
Muka Surat: 208
Tarbiah menjadi teras kepada keseluruhan isi buku ini.
Tarbiah bermula di rumah dan berlanjutan sehingga terbentuk sebuah masyarakat
Islam. Keluarga dan institusi masjid juga berperanan membentuk individu muslim
dan keluarga Islam.
Bagi menyingkap keperluan tarbiah ini, penulisnya
membincangkan dengan panjang lebar tentang konsep remaja dari perspektif Barat
yang telah meresapi pemikiran akademik di Barat dan Timur serta menjadi
perbincangan yang panjang. Salah satu pertanyaannya ialah tentang tempoh akil
baligh bagi kanak-kanak yang dianggap fasa kritikal bagi perkembangan seseorang
remaja.
Buku ini mengajak pembaca untuk membuang jauh-jauh teori
yang dikemukakan di Barat yang tidak bersandarkan ilmu wahyu. Bermula dengan
fakta bahawa pemuda yang cukup keperluan jasmani dan rohani akan melewati masa
muda dengan aman dan sejahtera tanpa merasai gejolak jiwa. Beliau juga menarik
minat pembaca untuk memikirkan bahawa Islam tidak memberi istilah remaja
sebaliknya pemuda yang dikaitkan dengan semangat maju dan masa depan yang
cerah.
Penulis juga memberikan perbandingan dua buah masyarakat
yang membentuk kehidupan pemuda. Antara masyarakat materialis dan masyarakat
kampung yang masih bebas daripada gaya hidup masyarakat kota. Perbandingan ini
seterusnya merumuskan bahawa sejauh mana komiten masyarakat terhadap Islam,
sejauh itu ia akan memberi jaminan bagi pemuda untuk melewati fasa kehidupannya
dengan baik dan selamat.
Buku ini amat berkesan kepada ibu bapa yang sedang mencari
maklumat berkaitan keperluan menjadikan masjid sebagai pusat utama membentuk
pergaulan dan sahsiah soleh supaya krisis nilai yang berlaku dalam masyarakat
Islam dapat dirawat. Buku ini juga penuh dengan teknik dan petua untuk
membentuk akhlak anak-anak lelaki yang dapat menjadi generasi Islam yang
kompeten pada masa depan.
“Tidak ada Islam
tanpa jemaah, tidak ada jemaah tanpa kekuasaan dan tidak ada kekuasaan tanpa
ketaatan.” Umar Al-Khattab
No comments:
Post a Comment