Berbincang dapat hasilkan kejayaan |
Perkara yang membezakan orang yang cemerlang dan orang yang gagal ialah semangat pantang menyerah. Walaupun memiliki ilmu dalam sesuatu bidang, tetapi ilmu tersebut belum tentu dapat menguatkan semangat pantang menyerah ini.
Berapa ramai orang yang bergelar graduan telah gagal dalam bidang yang mereka ceburi kerana tidak tahan dengan cabaran.
Begitu juga dengan orang yang kurang bijak dalam pelajaran dan beberapa kali telah gagal dalam usaha-usaha mereka.
Sama ada kita telah berjaya dalam pelajaran atau tidak, kegagalan adalah lumrah dalam setiap tindakan. Namun, orang yang berjaya memiliki satu ciri yang tidak ada pada orang yang gagal iaitu tidak mahu mengalah. Sifat ini membantu ramai orang yang bermula dari bawah, sedikit demi sedikit mencari kekuatan diri seterusnya beroleh kejayaan.
Orang yang dulunya kita lihat bekerja dari subuh hingga isyak, berniaga di pasar malam, pasar sehari, buka gerai kecil, hari ini mungkin sudah punya sepuluh buah gerai.
No comments:
Post a Comment