Bertanya adalah aktiviti cergas minda |
Kanak-kanak adalah kelompok yang paling banyak bertanya lebih-lebih lagi apabila baru belajar bercakap. Mereka tidak ada rasa takut atau malu bertanya kerana sememangnya mereka bertanya untuk mendapatkan jawapan.
Sifat yang ada dalam diri kanak-kanak ini dimiliki oleh para penyelidik dan pencipta.
Contohnya Sony Walkman. Sebelum ada walkman, kita mendengar muzik melalui pembesar suara yang kadangkala mengganggu orang lain. Masaru Ibuka bertanya, 'Mengapa kita tidak membuang fungsi rakaman dari alat perakam dan membuang pembesar suara? Bolehkah kita meletakkan fon kepala di alat perakam?'
Kebanyakan orang yang mencipta sesuatu yang baru atau membuat inovasi kepada sesuatu teknologi kerap bertanya kepada diri sendiri. Melalui bertanya, kita mengaktifkan kekuatan fikiran bawah sedar untuk mencari jawapan-jawapannya.
No comments:
Post a Comment