Kehidupan juga berkata-kata |
Apakah kesan atau implikasi kata-kata negatif ke atas orang lain?
Kita ambil contoh peniaga atau jurujual yang berdepan dengan pelbagai jenis pelanggan yang bermacam-macam ragam setiap hari. Ada pelanggan yang tidak banyak soal sebaliknya ada pelanggan yang terlalu cerewet kerenahnya.
Sama ada tidak banyak cakap atau cerewet, pelanggan tetap pelanggan kerana dia boleh menghasilkan satu jualan. Katakan pelanggan yang cerewet memilih kain dan banyak bertanya, sedangkan jurujual ambil hati dan memberi respon yang menyakitkan hati.
Contohnya, 'Kalau tak cantik, pergilah ke kedai lain!' Tenaga yang terdapat dalan ungkapan ini sangat negatif dan mampu menolak keluar pelanggan tadi ke tempat lain. Kalau kita sebagai seorang jurujual, berhatilah-hatilah kerana kita bakal kehilangan seorang pelanggan.
No comments:
Post a Comment