Saya yakin ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini, "kebanyakan orang melalui hidup mereka tanpa menemui apa-apa yang diinginkannya". Kehidupan yang dilalui oleh orang dalam kelompok ini adalah tanpa semangat, tidak ada rasa bangga atau seronok.
Andainya kita bertanya berapa ratus komitmen atau usaha yang diberi terhadap kehidupan masing-masing, jawapan yang bakal kita terima ialah sekitar 30 hingga 50 peratus sahaja.
Seseorang benar-benar memberi komitmen apabila berada dalam keadaan kritikal atau sedang terancam. Pada masa itu barulah seluruh tenaga akal dan fizikal digunakan untuk keluar dari zon bahaya. Namun dalam aktiviti seharian, kita jarang memikirkan 100 peratus kerana berasa selesa dan tidak ada apa-apa risiko besar yang perlu difikirkan.
No comments:
Post a Comment