Kata-kata sangat bertenaga |
Kata-kata mempunyai kekuatan atau tenaga untuk memberi impak ke atas diri sendiri.
Jika betul kata-kata, seseorang boleh berkembang dengan sempurna- akhlaknya bagus, fikirannya bernas, bahasanya pun sopan. Jika salah kata-kata, ia boleh bertukar sifat seperti agresif, citra diri yang rendah dan daya juang yang lemah.
Mahatma Gandhi memberi peringatan dan panduan yang sangat berguna untuk kita berkata-kata. Dia menyatakan, 'jagalah fikiran untuk sentiasa positif kerana fikiran akan menjadi kata-kata, jaga kata-kata yang kita tuturkan kerana kata-kata itu akan berubah menjadi tingkah laku, jaga tingkah laku kerana ia akan berubah menjadi kebiasaan atau tabiat, jaga kebiasaan kerana kebiasaan ini akan berkembang menjadi nilai, akhirnya nilai inilah yang menentukan tujuan hidup.'
Menggunakan kata-kata yang baik menjadi tanggungjawab pemimpin, ibu bapa, guru, pensyarah atau sesiapa sahaja yang merasakan dirinya dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang sejahtera.
No comments:
Post a Comment