Saturday, October 03, 2009

Bryonia

Bertindak pada membran serous. Sakit dalam setiap otot. Simptom-simptom umum ialah sakit menyucuk tiba-tiba seperti dicengkam, melarat dengan bergerak terutama dalam dada dan lega dengan rehat (duduk). Membran mukus kering. Pesakit Bryonia adalah mereka yang mudah marah, selalu pening kepala, sakit kepala yang menyucuk-nyucuk, bibir sangat kering, rasa dahaga dan pahit, epigastrium sensitif, batuk kering, rasa ada batu dalam perut, najis keras, besar dan kering, rheumatik dan bengkak pada bahagian yang sakit.

Fikiran: Sangat muram, pemarah, cenderung takut pada yang tidak perlu, gelisah, takut dan kesal. Sangat bimbang dan menghadapi tekanan mental serta cemas terhadap masa depan. Merepek tentang perniagaan dan menjadi teruk pada sebelah malam. Ingin melarikan diri dari tempat tidur atau pulang ke rumah. Kerapkali menggerakkan lengan kiri dan kaki. Mahukan sesuatu tetapi menolak bila diberi. Fikiran lemah dan boleh pitam jika berterusan berfikir. Degil dan mudah dikuasai emosi. Kesan buruk daripada keadaan kacau-bilau dan marah.

Kepala: Perasaan keliru dan sakit kepala selepas balik dari bersukaria atau majlis keramaian. Tidak mahu mengangkat kepala di sebelah pagi bila bangun dari tidur. Rasa tenggelam di atas tempat tidur. Pening (objek berputar-putar). Perasan jika semua benda ditekan akan keluar melalui dahi; teruk bila tunduk. Sakit atas mata kiri, belakang kepala seterusnya seluruh badan. Kepala terketar-ketar bila bangun pagi. Berterusan sakit menyucuk-nyucuk dalam kepala terutama di sebelah kiri bila batuk. Sakit kepala daripada kerja-kerja berat seperti membasuh; berpeluh muka dalam cuaca sejuk; sembelit. Sakit kepala diiringi hidung berdarah.

Mata: Rasa ditekan, pecah-pecah, rasa sakit. Mata berair. Sangat sensitif, tekanan dalam biji mata kiri.

Telinga: Berdengung. Sensitif dengan bunyi. Bengkak, merah, sakit, sangat sensitif dan panas telinga luar sebelah kanan.

Hidung: Bengkak, sakit bila disentuh, seolah-olah akan berdarah bila disentuh. Bernanah. Berair. Hidung berdarah terutama sebelah pagi bila bangun tidur. Kerap berdarah bila datang haid.

Muka: Merah, panas, mengelembung lembut di atas muka. Kemerah-merahan dan rasa haus. Sentakan otot-otot luar pada tulang malar, melarat ke sisi kanan, teruk bila disentuh.

Mulut: Sangat haus. Bibir atas bengkak, merah dan panas. Sakit gigi berkurangan dengan air sejuk; melarat dengan sebarang benda panas dan baring di atas sisi yang tidak sakit; lidah berselaput kekuningan, gelap, coklat, keputihan tebal, kasar dan merekah. Gigi rasa meregang.

Kerongkong: Amat kering. Rasa menyucuk-nyucuk semasa menelan. Belakang kerongkong bengkak.

Keinginan: Mengidam sesuatu tetapi menolak bila diberi; tiram; gula-gula; kopi; minuman sejuk dan berasid; minuman masam.

Enggan: Susu; makanan berlemak.

Perut: Terlalu berselera. Sangat haus dan hendak minum banyak air. Batuk selepas makan. Dalam mulut rasa pahit. Muntah selepas makan, lega bila sendawa. Abdomen rasa berat. Bunyi menderum dalam usus.

Najis: Sakit semasa berak, bau seperti keju busuk. Berak diikuti rasa terbakar dalam dubur. Sembelit degil, berdarah, tahi besar, keras dan kering. Cirit-birit diikuti rasa pening; cirit-birit bila cuaca panas atau minum minuman sejuk atau jus buah-buahan.

Kencing: Air kencing gelap; sedikit dan rasa panas semasa kencing.

Organ-Organ Seks: Keinginan seks yang kuat. Rasa menyucuk dalam rongga buah zakar di sebelah kanan. Menyucuk-nyucuk dalam ovari. Haid terlalu awal dan banyak, merah gelap dan melarat dengan bergerak. Haid gantian dengan darah keluar melalui hidung atau kepala rasa terpisah. Sakit dalam buah dada ketika haid. Buah dada rasa panas, amat sakit dan keras. Aliran keluar susu berkurangan. Kanak-kanak tidak mahu menyusu tetapi lambat lepas mulut. Semasa datang haid, sakit dalam kaki. Susu dada ada nanah.

Organ-Organ Pernafasan: Sakit dalam larink dan trakea. Suara serak, teruk di tempat terbuka. Batuk-batuk kering di bahagian atas trakea. Batuk kering di sebelah malam dan mesti bangun; teruk selepas makan dan minum, dengan muntah-muntah; sakit menyucuk di atas dada, kahak berwarna karat. Dada rasa sesak; mesti bernafas dalam-dalam tetapi akan rasa sakit dalam dada. Rasa berat di bawah sternum, melarat ke arah bahu kanan, rasa rimas pada dada kanan. Tahan nafas untuk tahan sakit dada sebelah kanan.

Jantung: Berdegup kencang, cepat, keras dan laju.

Kakitangan/Belakang: Sakit di tengkuk. Menyucuk-nyucuk dari belakang ke dada. Letih dan rasa berat; kaku dan keras. Sendi-sendi merah, bengkak, kaku dengan rasa menyucuk sekalipun pergerakan yang mudah. Setiap bahagian sakit bila ditekan. Bengkak panas pada kaki.

Kulit: Kuning, pucat, ada bendalir, panas dan rasa sakit. Bulu roma licin. Merah, peluh, titik-titik panas di atas dagu. Bengkak air bertambah semasa siang hari, hilang bila malam. Ruam bagi ibu-ibu yang berbaring.

Demam: Sekejap-sekejap; bibir, jari dan ibu jari kaki menggeletar, rasa haus. Panas kering terbakar; menggigil; selepas tidur sekejap tengah hari; dengan rasa sedikit keliru; sebelah petang di tempat tidur; sepanjang petang dengan bintik-bintik kecil merah diikuti keadaan panas merah di pipi. Berpeluh sebelah pagi walaupun dalam udara sejuk, selepas gerakan ringan, bercucuran peluh. Demam typhoid dengan radang dan sistem vaskular yang besar.


Melarat: Senja; sebelum tidur; tunduk; tarik nafas yang dalam; menahan hingus dari keluar; lepas minum ais; bersenam atau riadah; makan; tutup mata; semakin panas; berbaring di atas bahagian yang sakit; mendaki; menggerakkan mata; makanan panas; semasa berpeluh; bangun; berlari; jam pertama tidur; rasa berat berjalan; panas di tempat terbuka; berjalan untuk tempoh tertentu.

Lega: Menghela nafas; lepas sendawa; tunduk ke bawah; berbaring; bila tidak diganggu; duduk; rehat; makanan sejuk; bilik gelap.

Konstitusi: Gout; rheumatik; plethoric; demam dengan hingus; rambut hitam; urat merah merah menonjol; kulit muka gelap; panas baran; mudah marah; kurus kering; saraf panjang.

Patologi: Batuk; muka kering; bronchitis; sakit buah dada (rasa penuh); campak; sakit dada; demam (pukul 9 malam); haid kurang dan sakit bahagian bawah perut; hamil dan sakit pinggang; influenza; demam kepialu; sakit kepala; sakit lutut; meningitis; sakit otot; pening; appendix; sakit pinggang secara umum; pneumonia; rheumatik; sembelit; bengkak sendi; salah urat.

Simptom Utama: Kering; lega jika tidak bergerak; melarat bila bergerak atau kepanasan; tidak mahu diganggu semasa sakit; sangat dahaga.

No comments:

Post a Comment