Saturday, January 30, 2016

Usahawan pembekal bahan binaan








1.0 Pengenalan

Sosioekonomi dapat diklasifikasikan sebagai unsur-unsur atau hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan ekonomi. Dalam erti kata lain sosioekonomi juga dapat diungkapkan sebagai struktur ekonomi sesebuah masyarakat. Setiap golongan masyarakat mempunyai  latar belakang ekonomi yang berbeza mengikut kepada beberapa aspek seperti bentuk muka bumi, tahap kemajuan ekonomi sesebuah negara serta tahap pemikiran serta ilmu yang dimiliki bagi sesebuah masyarakat.

Kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai beberapa objektif serta dilakukan di dalam Melaka sahaja berdasarkan limitasi kajian yang telah ditentukan bagi mencapai skop kajian yang lebih terperinci.

1.1  Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah mengenal pasti cabaran dan risiko yang dihadapi dalam perniagaan perkakasan ruma, dan mengenal pasti bagaimana perniagaan perkakasan ini dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat.

1.2  Limitasi Kajian

Kajian ini dijalankan di kedai perkakasan Seng Hardware & Timber Sdn Bhd yang terletak di Durian Daun, Melaka. Kajian ini hanya mengkaji bagaimana perniagaan ini dapat menjadi pemangkin ekonomi masyarakat serta mencapai objektif kajian seperti yang telah dinyatakan.


2.0 Sorotan Literatur

Perniagaan adalah suatu kegiatan usaha individu yang berorganisasi untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan dalam memenuhi keperluan masyarakat. Secara umumnya, perniagaan merupakan satu aktiviti yang sangat berisiko tinggi dan kegiatan ini wujud dalam masyarakat dan industri. Pelbagai jenis perniagaan dapat dilaksanakan mengikut minat dan permintaan asalkan ada kesungguhan yang tinggi dalam diri seseorang individu. Peluang dan permintaan perniagaan jenis peruncitan dan membekal pelbagai produk binaan kepada pelanggan secara amnya wujud apabila terdapat pembangunan pesat dan pertumbuhan projek-projek perumahan  di sesuatu kawasan. Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd merupakan salah satu perniagaan peruncitan membekal pelbagai produk binaan yang terkenal di Melaka. Perniagaan ini diterajui oleh Tan Sah Sing sejak tahun 1970.

2.1 Biodata Pemilik Kedai dan Permulaan Perniagaan

Anak kelima pasangan Tan Lai Hu dan Lie Xie dilahirkan pada tahun 1958 di Semabok, Melaka. Anak kelima dari tujuh adik beradik ini diberi nama Tan Sah Sing. Kehidupan Tan Sah Sing yang dibesarkan di kawasan luar bandar bersama-sama enam lagi adik beradiknya berjalan dengan baik seperti remaja lain. Namun, kehidupan beliau dan abang sulungnya berubah apabila mereka kehilangan ayah mereka. Pada usia 16 tahun beliau terpaksa menamatkan persekolahan untuk bekerja menanggung keluarga. Pada usia 26 tahun, beliau mengambil keputusan untuk keluar dari kampung dan berhijrah ke bandar mengikut jejak langkah sepupunya memandangkan keadaan ekonomi keluarganya semakin teruk. Dua tahun pertama bekerja dengan bapa saudaranya, beliau bekerja sebagai tukang kayu dan belajar selok-belok perniagaan. Setelah yakin dengan ilmu yang dipelajari beliau mengambil langkah pertama dengan menjadi sub-kontraktor bangunan. Selepas beberapa tahun, beliau berkeyakinan untuk membuka perniagaan sendiri iaitu Eng Seng Hardware & Timber yang hari ini menjadi pembekal utama pelbagai perkakasan di Melaka.


3.0 Metodologi

Dua kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif kajian ini iaitu kaedah pemerhatian dan temu bual. Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang sesuai digunakan untuk menyelidik perkembangan tingkah laku satu unit sosial. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mencapai objektif kedua yang mana dapat mengenal pasti bagaimana perniagaan ini dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat setempat. Penyelidik dapat melihat sendiri bagaimana perkembangan ekonomi di situ berdasarkan bilangan pekerja dan statistik bilangan pelanggan yang datang ke kedai tersebut setiap hari.

Menurut kamus pelajar edisi kedua, temu bual membawa maksud pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab untuk mendapatkan berita. Terdapat beberapa langkah dalam proses temu bual iaitu persediaan menemubual, kemahiran menemubual dan pendokumentasian temu bual. Temu bual diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu temu bual formal dan tidak formal. Temu bual formal merupakan proses soal jawab melibatkan individu yang berjawatan dalam sesuatu organisasi manakala temu bual tidak formal pula merujuk kepada proses soal jawab dengan individu umum. Dalam kajian ini, temu bual formal telah dijalankan terhadap pemilik perniagaan Eng Seng Hardware and Timber Sdn. Bhd. itu sendiri iaitu Tan Sah Sing.


4.0 Hasil Kajian

Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd merupakan salah satu pembekal utama bahan-bahan pembinaan yang berjaya di Melaka. Syarikat ini juga menyediakan servis membekal pasir, kayu-kayan dan perkakas rumah dalam industri pembinaan. Syarikat Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd diterajui oleh Tan Sah Sing dan dibantu oleh keluarganya. Beliau mempunyai 35 orang pekerja dan 12 buah lori bagi membantu dan menampung permintaan tinggi daripada pelangan. Pada masa kini, Eng Seng Sdn Bhd. merupakan salah satu syarikat pengedar bahan mentah binaan di 30 hingga 40 lokasi di Melaka.


Rajah 1: Gambar premis perniagaan

Rajah 2: Peta lokasi perniagaan

Rajah 3: Kawasan penempatan barang binaan

Bagi memastikan industri pengedaran dan pembekalan bahan binaan ini berjaya, Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd mengamalkan prinsip mesra pelangan dan mengutamakan kepentingan pelangan. Oleh yang demikian, waktu operasi yang dinyatakan oleh syarikat ini sudah pasti memberi kemudahan kepada para pelangan membuat urusan pernigaan.

Jadual 1: Jadual waktu beroperasi

Daripada pemerhatian yang telah dijalankan, didapati perniagaan Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd telah membantu sosioekonomi masyarakat setempat dengan membuka peluang pekerjaan. Perniagaan ini telah memberi peluang perkerjaan kepada 35 orang masyarakat setempat. Antara pekerjaan yang ditawarkan ialah pemandu lori, penjaga stor, kerani dan lain-lain.

Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd diasaskan oleh Tan Sah Sing dengan bantuan keluarganya pada tahun 1970. Berbekalkan modal sebanyak RM 60,000, perniagaan berskala kecil ini pada permulaannya lebih fokus kepada membekalkan bahan-bahan binaan untuk membina rumah seperti batu-batuan, kayu-kayan, simen dan bumbung. Kini, Tan bijak mencari peluang dan berjaya mengembangkan perniagaannya dalam pelbagai aspek produk yang diniagakan dan sekali gus meningkatkan pencapaian sosial diri.

Dalam dunia perniagaan, tahap berkembangannya sesebuah perniagaan hampir serupa dengan perkembangan kehidupan manusia. Strategi bagi menguruskan bayi tidak serupa dengan strategi untuk menguruskan penjagaan seorang remaja. Hal ini sama untuk perniagaan kecil yang baru bertapak dalam dunia perniagaan. Penubuhan sebuah perniagaan merupakan satu kejayaan yang patut dibanggakan tetapi bagi memastikan perniagaan ini terus berjaya, pelbagai cabaran yang harus diharungi untuk mendewasakan perniagaan itu. Perkara ini dapat dikaitkan dengan Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd yang mana pada permulaan  penubuhan syarikat ini, masalah pengurusan kewangan menjadi salah satu cabarannya. Bagi mengatasi masalah ini, Tan perlu membuat pertimbangan sama ada berhutang bagi menyelamatkan perniagaannya ataupun mendapatkan hasil pendapatan lebih untuk menampung perbelanjaan perniagaan. Menjalankan pengurusan perniagaan dan membina perniagaan yang kukuh dalam masa yang sama sudah pasti memerlukan usaha yang tinggi dan tidak mudah putus asa. Walaupun pemfokusan kedua-dua usaha ini mengakibatkan perniagaan ini menjadi sukar tetapi kerugian yang boleh memusnahkan perniagaan ini perlu dihindari.

Menyedari akan pentingnya pengurusan kewangan, Tan mendapatkan bantuan daripada profesional untuk membantu menguruskan akaun perniagaannya, oleh yang sedemikian, segala urusan yang kompleks dan memerlukan penelitian yang rapi dapat dijalankan dengan adanya bantuan ini. Kesukaran dalam selok-belok perniagaan semakin kompleks apabila bilangan pekerja dan pelangan semakin bertambah, ini mengukuhkan lagi keputusan Tan dalam mendapatkan bantuan profesional dalam menguruskan buku perniagaan.

Pada peringkat awal perniagaan, masa yang diperuntukan, kerja-kerja yang dilakukan dan tekanan yang dihadapi sememangnya membawa kapada keluhan dan kepenatan. Namun, di atas sebab takut dengan kerencatan operasi perniagaan semasa ketiadaan beliau, Tan sanggup menggadaikan waktu rehat yang lama dengan menguruskan perniagaannya dengan bantuan pekerjanya. Walau bagaimanapun, rehat yang pendek sudah memadai baginya untuk mengelakkan dirinya daripada kelalaian yang boleh mengganggu prestasi perniagaannya.

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh Tan juga adalah kekurangan tenaga kerja yang mempunyai kepakaran yang bersesuaian. Ini mengakibatkan tekanan emosi kepada beliau kerana beliau perlu mengendalikan pelbagai urusan dalam perniagaannya. Oleh itu, beliau telah mengambil pekerja yang sesuai dengan kekosangan di syarikatnya. Walau bagaimanapun, pengambilan pekerja yang terlalu banyak mengakibatkan pekerjanya menjadi leka semasa waktu bekerja. Bagi mengatasi masalah ini, Tan mengurangkan sebahagian daripada mereka dan hanya memilih pekerja yang berdedikasi dan rajin.

Dalam mengendalikan perniagaannya, Tan meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap pekerjanya namun sebahagian daripada mereka mengkhianati kepercayaan beliau dengan mencuri barang yang diniagakan. Bagi mengatasi masalah ini tidak berlaku pada masa hadapan, Tan mengambil tindakan memasang kamera keselamatan closed circuit televesion (CCTV) di setiap pelosok kawasan perniagaannya serta memecat pekerja yang terlibat dengan kes kecurian tersebut.

Bagi memastikan Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd berjaya dan berkembang, Tan sentiasa bersedia untuk menghadapi masalah dan cabaran yang tidak diduga. Perkara ini penting dalam memastikan syarikatnya mampu berdaya saing di dalam industri perniagaan ini yang membawa kepada kejayaannya sehingga pada hari ini. Hanya bermodalkan sejumlah modal yang kecil pada peringkat awal, Tan mampu meluas dan mengembangkan perniagaannya ke tahap yang membawa kepada pendapatan yang mampu mengubah taraf hidup mereka sekeluarga kepada lebih baik. Malahan, mampu mengupah pekerja untuk memberikan pendapatan kepada golongan ini untuk menyara keluarga mereka. Bak pepatah Melayu “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd sudah beroperasi lebih empat puluh tahun. Pada masa itu, Tan hanya mempunyai sebuah kedai kecil dan keuntungan yang diperolehi setiap bulan hanya memadai bagi menarik pelangan perniaga dengan mereka secara tetap dan hanya mampu untuk memiliki sebuah lori terpakai yang berharga RM5,000 pada penhujung tahun 1970. Selepas beberapa tahun kemudian, perniagaan Tan telah berkembang dengan pesat kerana pelangan telah memberi kepercayaan dan memilih kedainya sebagai pembekal bahan-bahan binaan kepada mereka. Pada masa kini, perniagaan beliau telah mendapat banyak permintaan di seluruh pelosok Malaysia.

Perniagaan yang bermula dengan berskala kecil telah berkembang menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dalam industri pembekal dan pengedar bahan-bahan binaan. Selepas empat puluh tahun beroperasi, Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd mempunyai aset seperti dua belas lori jentera berat, pelbagai stok kayu-kayan dan bahan binaan. Tan berjaya memperoleh aset-aset ini dengan adanya daya usaha untuk mengubah kehidupan beliau dan keluarganya kepada lebih baik dan memastikan masa depan yang cerah.

Penubuhan Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd telah mengubah kehidupan Tan sekeluarga. Bermula daripada keuntungan yang sedikit dan pelbagai cabaran seperti kesukaran dalam pengendalian urusan perniagaan, Tan berjaya menaikkan syarikatnya menjadi sebuah yang mampu berdaya saing dalam industri pembekalan bahan binaan dan sekali gus menaikan taraf hidup beliau dan sekeluarga.

Apabila perniagaan Tan mampu menjana keuntungan yang tinggi, beliau mengambil insiatif untuk mengupah pekerja tambahan dalam membantu tadbir urus dan aktiviti perniagaan beliau. Perkara ini sekali gus memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada individu-individu  ini dan sekali gus membantu menaikkan taraf kehidupan mereka. Hal ini membuktikan perniagaan Tan bukan sahaja berjaya mengubah kehidupan beliau sekeluarga tetapi secara tidak langsung membantu menaik taraf kehidupan individu dan keluarga lain.

Perniagaan dalam membekalkan bahan-bahan mentah untuk tujuan pembinaan secara tidak lansung membawa kepada perkembangan prasarana dan ekonomi setempat. Apabila bahan-bahan binaan dapat diperoleh dengan mudah dengan adanya perkhidmatan dari syarikat ini, sudah pasti pembinaan prasarana di sesebuah kawasan dapat dijalankan dengan mudah. Oleh itu, perkembangan setempat sudah pasti menjadi semakin pesat dan kebahagiaan komuniti dapat diwujudkan tanpa sebarang halangan.
   

5.0 Kesimpulan

Apa yang dapat dirumuskan melalui kajian ini adalah perniagaan Eng Seng Hardware & Timber Sdn Bhd ini merupakan sebuah perniagaan yang mampu meningkatkan sosioekonomi masyarakat terutamanya masyarakat setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan serta menyumbang kepada perkhidmatan membekal peralatan untuk pembinaan. Malah syarikat ini juga menunjukkan kesan pembangunan ekonomi keluarga dan masyarakat dari satu tahap yang rendah sehingga mencapai tahap yang membanggakan sekarang setelah menghadapi pelbagai cabaran. 

Penyelidik  mencadangkan Tan Sah Sing agar mengadakan Customer Day yang mana syarikat Seng Hardware & Timber menghargai pelanggan tetap mereka dengan memberi harga yang rendah untuk setiap pembelian. Selain itu, pada hari Customer Day ini syarikat boleh mengadakan bengkel yang berkaitan. Antara bengkel yang boleh diadakan ialah Bengkel DIY (Do-It-Yourself) dan Bengkel Belajar Menukang Kayu kerana masih ramai masyarakat yang masih belum fasih mengenai kemahiran bertukang ini. Ini boleh merapatkan lagi hubungan antara syarikat dengan pelanggan. Dengan secara tidak langsung, pelanggan akan menjadi selesa dan akan menjadi pelanggan tetap kepada syarikat.


MZ Zainudin



Friday, January 29, 2016

Pengaruh masakan Jawa dalam masyarakat Johor








1.0 Pengenalan

Kepelbagaian resepi masakan khas Indonesia memang mampu membuat para pencinta kuliner menitikkan air liurnya. Bagaimana tidak, jika aneka masakan tersebut memiliki cita rasa yang menggugah selera, salah satunya adalah masakan Jawa. Masakan Jawa memang memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh masakan daerah lain.

Berbicara tentang kekhasan, bagi yang pernah menjajal berbagai kuliner di Indonesia, masakan Jawa memiliki kekhasan dalam soal cita rasa. Jika masakan Padang dan masakan Lombok dengan cita rasa pedasnya, maka masakan Jawa lebih dominan dengan rasa manis. Cita rasa itu adalah selera. Mereka yang terbiasa dengan pedas, pasti akan cukup aneh jika harus mencicipi masakan dengan cita rasa yang manis seperti masakan Jawa ini. Begitu pun sebaliknya, pada kenyataannya, sebahagian besar masyarakat Jawa memang tidak terlalu menyukai rasa pedas.

Ketidaksukaan sebahagian besar masyarakat Jawa terhadap cita rasa pedas hanya terlihat pada masakan Jawa secara keseluruhan, tapi juga dapat terlihat dari sajian makanan sehari-hari. Sambal merupakan sajian yang jarang ada, cita rasa yang lebih dominan bukan pedas sebaliknya manis. Tidak ada asal usul yang pasti mengenai hal ini. Mengenai mengapa masakan Jawa lebih identik dengan rasa manis.

Satu hal yang pasti adalah, resepi masakan Jawa, begitu pun dengan resepi masakan sunda, padang, ataupun lainnya merupakan warisan budaya kuliner Indonesia yang harus tetap dilestarikan dan dijaga.

Cita rasa manis dalam masakan Jawa mungkin memang tidak semua masyarakat Indonesia menyukainya. Namun, sekali lagi bahawa hal tersebut kembali pada selera. Namun di luar konteks suka atau tidak, selera atau tidak, melestarikan masakan Jawa sebagai salah satu warisan budaya kuliner di Indonesia tetap merupakan kewajipan bagi masyarakat Jawa pada khususnya, dan masyarakat Indonesia pada umumnya.

Pengaruh masakan Jawa juga banyak menyumbang kepada masakan Johor. Antaranya nasi ambeng, lontong dan ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Hidangan ini biasanya disediakan untuk empat orang yang akan makan di dalam satu hidangan yang sama dimana terdapat campuran lauk termasuk serunding kelapa, mi, ikan kering dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang membawa maksud nasi yang dibungkus atau disediakan bagi tetamu untuk dibawa pulang apabila menghadiri majlis perkahwinan, yasin atau tahlil.

1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah mengenal pasti pengaruh masakan Jawa dalam kalangan masyarakat di Johor, menilai sejauh mana masyarakat di Johor menggemari masakan Jawa dan melihat tahap pemakanan masyarakat di Johor terhadap masakan Jawa.

2.0 Sorotan Literatur

Rakyat Johor terdiri dari pelbagai suku Melayu dan yang domain ialah suku Jawa sehingga ada yang masih pekat atau totok. Mengikut sejarah, kedatangan suku Jawa ke Johor adalah hasil galakan dari Temenggong Daing Ibrahim (1810-1862) ketika membuka ladang gambir di Johor sekitar 1830-an setelah perusahaan gambir di Singapura gagal kerana kekurangan tanah dan kayu-kayan yang menjadi bahan bakar utama perusahaan itu. Mengikut catatan sejarah, gerombolan atau gelombang penghijrahan orang Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu yang paling aktif ialah pada tahun 1835 sehingga 1900.

Ini adalah berikutan Sistem Rodi atau Tanaman Paksa yang dipaksakan oleh Belanda dan pengeluaran hukuman berat kepada sesiapa yang engkar perintah sehingga sampai ke tahap mengancam nyawa. Selain daripada itu, fakta penarik orang Jawa datang ke Johor juga adalah disebabkan oleh galakan Inggeris yang telah mewar-warkan kegemilangan dan kemakmuran negeri Singapura dan Johor yang diperintah oleh raja Melayu yang moden dan adil.

Di samping itu, orang Jawa juga banyak dibawa masuk oleh Syarikat Konstantinople milik jutawan Arab bernama Assagof yang mendapat konsesi membuka ladang seluas daerah Pontian. Beliau ialah sahabat baik kepada Maharaja Abu Bakar dan beliau telah membawa masuk pekerja-pekerja Jawa melalui Sistem Haji yang mana beliau memberi kemudahan menunaikan fardu haji kepada pekerja Jawa melalui tabungan upah bekerja di ladang kelapanya di Pontian.

Ketika Zaman Jepun (1942-1945) pula terdapat juga catatan sejarah yang mana banyak tentera paksa berketurunan Jawa yang dibawa masuk dari pulau Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu gagal pulang dan akhirnya terus menyusup dan menetap sebagai penduduk di sini. Mereka diterima dengan baik kerana terdapat suku Jawa yang telah lama bermastautin malah diakui sebagai rakyat asal Negeri-Negeri Tanah Melayu. 

Sewaktu Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia 2009 (Media dan Budaya) anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, selain membincangkan isu dasar dan kebudayaan serumpun, yang adakalanya mencetuskan hubungan turun naik dua negara ini, turut diberi perhatian ialah isu makanan. Ia mungkin topik terpencil bagi sesetengah pihak, namun tanpa disedari, impak makananlah yang berjaya memasuki hingga ke seluruh peringkat umur dan lapisan masyarakat di kedua-dua negara.

Hasil kajian Sudrajati Ratnaningtyas dari Universitas Winaya Mukti, Bandung, Jawa Barat, bertajuk “Peranan Media Massa Dalam Mensosialisasikan Sejarah Budaya Kuliner Nusantara Sebagai Akar kebudayaan Yang Sama Antara Indonesia-Malaysia” boleh membuka mata sesetengah pihak yang cenderung memperkata mengenai hak asal usul makanan bagi kedua-dua negara. Saling menuntut makanan tertentu sebagai milik sesuatu daerah atau sesuatu bangsa ialah satu kekeliruan kerana budaya Indonesia-Malaysia-Singapura terhasil daripada perpaduan budaya yang sama. Menurut Ratna, budaya ketiga-tiga negara ini berasal daripada pelbagai kebudayaan luar yang bercampur apabila ia berkembang di nusantara.

Dengan demikian, tidak ada budaya makanan milik sesuatu daerah atau satu bangsa tertentu. Kadang kala suatu makanan yang dianggap khusus milik suatu bangsa sebenarnya turut dituntut oleh bangsa lain. Sebagai contoh, tempe yang dianggap berasal dari Indonesia, turut terdapat di China yang dinamakan koji. Bagaimanapun, menurut Dr Ratna lagi, terdapat juga kajian yang mengatakan tempe ialah sumbangan Jawa pada seni masakan dunia. Dengan demikian tempe dianggap asli dari Jawa yang ditemukan pada abad ke-19, tetapi bahan tempe yang berasal dari kacang soya pula berasal dari negara China sejak 5000 tahun dahulu.


3.0 Metodologi

Dua pendekatan telah digunakan dalam kajian ini iaitu pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Dalam pendekatan kuantitatif, sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang penduduk di negeri Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui pendekatan kualitatif pula, di dalam borang soal selidik yang diedarkan, terdapat dua bahagian iaitu bahagian A (butiran peribadi responden) dan bahagian B (soal selidik) yang mana memerlukan responden menandakan maklumat yang berkenaan bertujuan untuk mendapatkan pandangan responden tentang kajian yang dijalankan ini.

Kaedah resensi kepustakaan juga diperlukan dalam mencari bahan dan data sama ada primer atau sekunder di perpustakaan, pusat sumber. Bahan-bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal dan sumber internet.


4.0 Hasil Kajian
    
Melalui data kajian yang telah dijalankan dapat dibuktikan bahawa ada sesetengah penduduk di negeri Johor menggemari masakan Jawa manakala ada yang kurang menggemarinya. Jadi, dapat kita simpulkan di sini bahawa masakan Jawa menjadi pilihan masyarakat negeri Johor adalah mengikut selera masing-masing kerana masakan Jawa mempunyai rasa lebih kepada rasa manis. 

Latar belakang responden dilakukan adalah bagi mengumpulkan maklumat berkaitan dengan jantina, umur dan jenis kaum responden. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada penduduk kampung di Muar, Johor. Hal ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti dengan lebih lanjut pengaruh masakan Jawa dalam kalangan masyarakat di Johor. Selain itu, untuk menilai sejauh mana masyarakat di Johor menggemari masakan Jawa dan yang terakhir untuk melihat tahap pemakanan masyarakat di Johor terhadap masakan Jawa.
         
Faktor latar belakang jantina, umur dan kaum yang berbeza digunakan sebagai  pembolehubah dalam kajian ini  adalah untuk mengetahui  sejauh mana tahap pengetahuan  responden sebagai rakyat terhadap permasalahan yang berlaku dalam negara ini sebagai contoh isu mengenai masakan Jawa.

Jadual 1: Jantina responden

Daripada  seramai  30  orang  responden,  jumlah  responden  lelaki adalah  13  orang  yang  mewakili  43%  dan  jumlah  responden perempuan   adalah  17  orang  yang  mana  bersamaan  57%.

Jadual 2: Lingkungan umur responden

Berdasarkan Jadual 2, lingkungan umur yang telah diberikan borang soal selidik ini mempunyai pelbagai lingkungan umur. Responden terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa yang mana bermula dari responden yang berumur 11 tahun berumur 40 tahun. Seramai lapan orang atau 27% responden terdiri daripada lingkungan umur 11 tahun  hingga 20 tahun yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja. Manakala, untuk  linkungan 21 tahun hingga 30 tahun seramai 16 orang iaitu bersamaan dengan 53%.  Seterusnya pada lingkungan 31 tahun hingga 40 tahun sebanyak 20% daripada soalan soal selidik yang telah diberikan kepada responden.
          
Jadual 3: Peratusan responden

Berdasarkan Jadual 3, responden telah dikenal pasti dalam borang soal selidik mempunyai jenis kaum yang berbeza. Antara kaum responden yang terlibat adalah Melayu, Cina, India dan lain-lain. Seramai 11 orang responden daripada kaum Melayu yang bersamaan 37%, manakala kaum Cina seramai 10 orang respoden iaitu 33%. Kaum India pula seramai tujuh orang responden dimana peratusnya ialah 23% dan bagi lain-lain kaum, seramai dua orang responden sahaja bersamaan dengan 7%.

Dalam laporan kajian ini akan dibentangkan secara terperinci kajian mengikut aspek utama kajian yang ingin dikaji. Hasil kajian telah disesuaikan dengan media dan grafik bagi tujuan memudahkan pembentangan hasil kajian.

Rajah 1: Menunjukkan 10 soalan soal selidik yang dijalankan ke atas penduduk di negeri  Johor.

Rajah 2: Menggemari masakan Jawa

Berdasarkan soal selidik, sebanyak 8 orang dengan peratusannya 26.7% berpendapat setuju terhadap tahap kegemaran mereka akan masakan Jawa. Manakala terdapat lapan orang berpendapat atau 26.7% tidak setuju terhadap penyataan di atas. Selain itu, terdapat majoriti iaitu 14 orang atau 46.7% mempunyai pendapat tidak pasti. Tetapi tiada yang berpendapat sangat setuju bagi penyataan ini. Ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu lebih kurang 50% berpendapat bahawa mereka tidak pasti sama ada mereka menyukai masakan Jawa atau tidak. Ini kerana ramai di antara mereka tidak dpat lagi mengenali ataupun merasai masakan Jawa lagi.
Rajah 3: Pernah mengunjungi kedai atau restaurant masakan Jawa

Berdasarkan soal selidik, sebanyak lapan orang dengan peratusannya 26.7% berpendapat setuju terhadap pernahkah mereka mngunjungi kedai atau restoren masakan Jawa. Manakala terdapat lapan orang iaitu 26.7% berpendapat tidak setuju terhadap penyataan di atas. Selain itu, terdapat majoriti iaitu 14 orang atau 46.7% mempunyai pendapat tidak pasti. Namun tiada yang berpendapat sangat setuju bagi penyataan ini. Ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu lebih kurang 50% berpendapat bahawa mereka tidak pasti bahawa mereka pernah mengunjungi kedai atau restoren masakan Jawa kerana kurangnya pengetahuan atau peka terhadap masakan Jawa ini.

Rajah 4: Masakan Jawa dianggap unik dan menarik

Berdasarkan Rajah 3, sebanyak sembilan orang dengan peratusannya 30% berpendapat setuju terhadap pendapat mereka tentang masakan Jawa dianggap unik dan menarik. Manakala terdapat sembilan orang berpendapat tidak setuju 30% terhadap penyataan di atas. Selain itu, terdapat tujuh orang atau 23.3% mempunyai pendapat tidak pasti. Terdapat sebanyak lima orang dengan peratusan 16.7% sangat setuju bagi penyataan ini. Ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu lebih kurang 50% berpendapat bahawa mereka setuju dan tidak setuju bahawa masakan Jawa dianggap unik dan menarik. Hal ini disebabkan majoriti di antara mereka tidak mengenali lagi rupa, bentuk dan rasa masakan Jawa.

Rajah 5: Masakan Jawa mempengaruhi pemakanan di Malaysia

Berdasarkan soal selidik, majoriti berpendapat setuju iaitu seramai 12 orang dengan peratusan 40% terhadap pemasakan Jawa mempengaruhi pemakanan di Malaysia. Manakala terdapat tujuh orang atau 23.3% berpendapat sangat setuju terhadap penyataan di atas. Selain itu, terdapat 8 orang atau 26.7% mempunyai pendapat tidak pasti. Selebihnya iaitu tiga orang dengan peratusan 10% berpendapat tidak setuju bagi penyataan ini. Ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu lebih kurang 80% berpendapat bahawa masakan Jawa mempengaruhi pemakanan di Malaysia. Selebihnya tidak setuju adalah mereka kemungkinan dapat membezakan Antara masakan Jawa dengan masakan lain di Malaysia dan mendapati masakan Jawa tidak langsung mempengaruhi pemakanan di Malaysia.

Rajah 6: Pengaruh masakan Jawa banyak menyumbang kepada masakan Johor

Berdasarkan soal selidik, seramai tujuh orang dengan peratusan 23.3% terhadap pengaruh masakan Jawa banyak menyumbang kepada masakan Johor. Manakala terdapat tiga orang atau 10% berpendapat sangat setuju terhadap penyataan di atas. Selain itu, terdapat lima orang atau 16.7% mempunyai pendapat tidak setuju. Selebihnya iaitu majoriti iaitu seramai 15 orang dengan peratusan 50% berpendapat tidak pasti bagi penyataan ini. Ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu lebih kurang 50% tidak pasti terhadap pengaruh masakan Jawa banyak menyumbang kepada masakan Johor kerana mereka berkemungkinan tidak mengenali masakan Johor dan tidak pernah mencubanya.

Rajah 7: Masakan Jawa boleh didapati dengan harga yang murah dan berpatutan

Berdasarkan soal selidik, majoriti berpendapat setuju iaitu 11 orang atau 36.67% tentang masakan Jawa boleh didapati dengan harga murah dan berpatutan. Manakala terdapat lima orang atau 16.7% berpendapat sangat setuju terhadap penyataan di atas. Selain itu, terdapat empat orang atau 13.3% mempunyai pendapat tidak setuju. Selebihnya seramai 11 orang dengan peratusan 36.7% berpendapat tidak pasti bagi penyataan ini. Ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu lebih kurang 50% setuju tentang masakan Jawa boleh didapati dengan harga murah dan berpatutan kerana mereka pernah membeli makanan yang berasaskam masakan Jawa.

Rajah 8: Bersetuju jika masakan Jawa diinovasikan menjadi makanan masyarakat Malaysia

Berdasarkan soal selidik, seramai tiga orang atau 10% bersetuju jika masakan Jawa diinovasikan menjadi makanan masyarakat Malaysia. Manakala terdapat dua orang atau 6.7% berpendapat sangat setuju terhadap penyataan di atas. Selain itu, majoriti mempunyai pendapat tidak setuju iaitu seramai 20 orang atau 66.7% terhadap pernyataan di atas. Selebihnya seramai lima orang dengan peratusan 16.7% berpendapat tidak pasti bagi penyataan ini. Ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu lebih kurang 70% tidak pasti sekiranya masakan Jawa diinovasikan menjadi makanan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana mereka tidak mengetahui kesan yang akan berlaku sekiranya masakan Jawa diinovasikan menjadi makanan masyarakat Malaysia.

Rajah 9: Dapat membezakan antara masakan Jawa dengan masakan Melayu

Berdasarkan soal selidik, seramai tiga orang atau 10% bersetuju adakah mereka dapat membezakan antara masakan Jawa dengan masakan Melayu. Manakala terdapat enam orang atau 20% berpendapat sangat setuju terhadap penyataan di atas. Selain itu, seramai dua orang atau 6.7% tidak setuju iaitu seramai 20 orang. Oleh itu, majoriti iaitu seramai sembilan orang dengan peratusan 30% berpendapat tidak pasti bagi penyataan di atas. Ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu lebih kurang 30% tidak pasti dapat membezakan antara masakan Jawa dengan masakan Melayu kerana ada antara mereka masih lagi keliru tentang perbezaan dan persamaan antara masakan Jawa dan Melayu.

Rajah 10: Masakan Jawa dilihat oleh kaum di Malaysia sebagai makanan yang berkualiti dan berkhasiat

Berdasarkan soal selidik, seramai dua orang atau 6.7% bersetuju bahawa masakan Jawa dilihat oleh kaum di Malaysia sebagai makanan yang berkualiti dan berkhasiat. Manakala terdapat4 orang atau 13.3% berpendapat sangat setuju terhadap penyataan di atas. Selain itu, majoriti berpendapat tidak setuju iaitu seramai 16 orang atau 53.3% akan kenyataan ini. Selebihnya seramai lapan orang dengan peratusan 26.7% berpendapat tidak pasti bagi penyataan ini. Ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu lebih kurang 50% tidak setuju bahawa masakan Jawa dilihat oleh kaum di Malaysia sebagai makanan yang berkualiti dan berkhasiat kerana mereka mengetahui ramuan yang terdapat di dalam masakan Jawa tersebut.

Rajah 11: Merasakan bahawa masakan Jawa melambangkan identiti Malaysia

Berdasarkan soal selidik, seramai empat orang atau 13.3% bersetuju masakan Jawa melambangkan identiti Malaysia. Selain itu, majoriti mempunyai pendapat tidak setuju iaitu seramai 15 orang atau 50% dengan kenyataan ini. Selebihnya seramai 11 orang dengan peratusan 36.7% berpendapat tidak pasti bagi penyataan ini. Namun tiada yang berpendapat sangat setuju dengan kenyataan di atas. Ini menunjukkan majoriti daripada responden iaitu lebih kurang 50% tidak setuju sekiranya masakan Jawa melambangkan identiti Malaysia kerana mereka berpendapat masakan Jawa berasal dari Indonesia dan merupakan antara tarikan pelancong di sana.


5.0 Kesimpulan

Berdasarkan kajian ini, ternyata tidak semua masyarakat Johor menggemari masakan Jawa. Ini mungkin kerana masakan Jawa tidak memenuhi cita rasa rakyat Malaysia. Selain itu, restoran masakan Jawa juga amat sedikit bilangannya malah sukar untuk didapati ini menyebabkan ramai yang masih tidak mengenali masakan Jawa.


Rujukan

http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2009/11/30/mstar_rencana/20091130090748
http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2012/11/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2031%202006/JPendidikan31%5Bisukhas%5D/Jpend31%5B09%5D.pdf
http://pab25.blogspot.com/2008/06/who-are-orang-jawa-orang-jawa-people-of.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawa
http://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.html

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


MZ Zainudin, Khadijah Amira Mohd Fauzey, Intan Syahirah Ahmd, Nor Fatin Asma Farid, Aimi Nadirah Wahib, Siti Winizar Mohd Yunus


Thursday, January 28, 2016

Pengaruh agama Islam dalam masyarakat Melayu








1.0 Pengenalan

Agama Islam yang lahir di Semenanjung Tanah Arab telah tersebar ke merata dunia merangkumi sebahagian Eropah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara. Kedudukan Asia Tenggara yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara timur dan barat telah membolehkannya menjadi sebuah wilayah terbuka yang dikunjungi oleh pedagang dari serata dunia sejak awal abad masihi lagi. Kehadiran Islam di rantau ini turut memperlihatkan pembabitan pedagang Islam dalam perdagangan di wilayah ini sejak dahulu lagi. Pedagang Islam telah berdagang di pelabuhan seperti Perlak, Pasai, Acheh, Pattani dan Brunei. Di Tanah Melayu, Melaka telah menjadi pusat perdagangan utama. Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang  dan Johor juga merupakan pusat penting sama ada pusat perdagangan mahupun sebagai pusat perkembangan Islam. Pertapakan Islam di Tanah Melayu telah mula pada sekitar abad ke-13 ke abad-14. Walau bagaimanapun, pengaruhnya dalam politik, ekonomi, sosial hanya menjadi lebih ketara dan mantap teras penting kepada ekonomi, sosial, dan politik negara. Melaka telah menjadi pusat penyebaran Islam yang penting di Alam Melayu. Peranan ini telah dilakukan melalui perluasan kuasa, perkahwinan, pendidikan dan kegiatan intelektual.

1.1  Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini adalah mengetahui pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu, mengenal pasti pengaruh Islam dalam pemikiran masyarakat Melayu dan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan.


2.0 Sorotan Literatur


Pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu banyak memberi kesan sehingga ke hari ini. Ianya memberi impak yang besar terhadap beberapa perkara antaranya politik, sosial dan ekonomi. Terdapat beberapa kajian yang mengemukakan pendapat dan pandangan dari pelbagai pihak antaranya sejarahwan, pihak organisasi badan kerajaan dan bukan kerajaan. Literatur ini bertujuan memperlihatkan kajian-kajian dahulu.


Terdapat beberapa kajian tentang pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu. Kajian lepas dari buku sejarah tingkatan empat menunjukkan teori kedatangan Islam. Antaranya teori kedatangan Islam secara langsung dari  Tanah Arab iaitu pada zaman pemerintahan khalifah  Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid seramai 100 orang mubaligh telah berlayar ke Nusantara untuk menyebarkan Islam.Teori kedatangan Islam melalui China pula tersebar pada zaman khalifah Uthmaniah.Teori kedatangan Islam melalui India pula adalah disebabkan faktor perdagangan antara Gujeratdan Nusantara.

Kajian juga mendapati  pengaruh Islam telah banyak membawa perubahan terhadap Tanah Melayu amnya dah masyarakat Melayu khususnya. Dari segi politik kedatangan Islam telah membawa perubahan yang radikal sehingga membawa kemunculan “zaman baru” di Alam Melayu.

Kajian tentang pengaruh Islam dalam bidang sosial pula didapati tidak berlaku secara keseluruhannya tetapi masih memberi sedikit impak contohnya Wertheim berpendapat bahawa kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri mereka dihargai seperti golongan lain. Nilai sosialnya tidak sama dengan ajaran hindu yang mempunyai pelbagai kasta dan kedudukan. Walaupun begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan feudal masih kekal.

Kajian tentang kesan kedatangan Islam dalam bidang kesenian pula telah dibuktikan oleh para sejarahwan. Antara bukti yang dapat dikesan adalah pada batu-batu nisan, binaan-binaan, masjid dan perhiasan seperti seni khat dan sebagainya. Secara umumnya, pada makam atau batu nisan tersebut tulisan dan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat Al-Quran serta ajaran-ajaran Islam juga angka-angka Arab telah tertera dan menunjukkan pengaruh Islam terhadap kesenian Tanah Melayu.

Juateru dapat rumuskan bahawa pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu telah berkembang sejak berkurun dahulu. Ianya telah memberi kesan terhadap pelbagai aspek terutamanya melibatkan masyarakat Melayu antaranya pemakaian, pemikiran dan gaya hidup. Beberapa kajian sebelum ini juga telah membuktikan tentang perkara ini.


3.0 Metodologi

Dalam mendapatkan informasi dan maklumat yang tepat tentang kajian ini, beberapa alternatif telah dilakukan. Hampir keseluruhan bahan kajian telah diambil daripada  internet merangkumi tajuk-tajuk yang asas sehingga yang lebih mendalam. Seterusnya ada beberapa buku digunakan dalam menyiapkan kertas kerja ini sebagai maklumat untuk memahami pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu.

Bagi memperoleh dapatan kajian yang lebih tepat, borang soal selidik telah dibentuk berpandukan kepada tujuan dan matlamat kajian. Selain itu, borang soal selidik ini juga dibentuk agar dapat menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan.

Borang soal selidik ini dikemukan kepada 30 orang secara rawak berdasarkan keterbukaan responden untuk menerima dan sudi bekerjasama. Responden yang menjawab borang soal selidik ini dalam kalangan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang terdiri daripada Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Fakulti Kejuruteraan Elektronik, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.


4.0 Hasil Kajian

Ini mengenai tentang hasil analisis data yang telah diperolehi dalam soal selidik yang telah dijalankan.

Rajah 1: Jantina responden

Berdasarkan Rajah 1, daripada seramai 30 responden, jumlah lelaki ialah 14 orang yang mewakili 34% dan jumlah perempuan adalah 16 orang yang mana mewakili 66%.

Rajah 2: Agama yang dianuti responden

Berdasarkan Rajah 2, sebanyak 14 orang atau 46% yang beragama Islam manakala 11 orang atau 37% yang beragama Buddha daripada seramai 30 responden. Selain itu, terdapat tiga orang dengan peratusannya 10% yang beragama Hindu dan dua orang dengan peratusan sebanyak 7% yang beragama Kristian.

Rajah 3: Bangsa responden

Berdasarkan Rajah 3, daripada seramai 30 responden terdapat 14 orang Melayu dengan peratusannya 47%, 12 orang Cina atau 40%, tiga orang India dengan 10% dan terdapat 1 bangsa lain-lain dengan peratusannya 3%.

Rajah 4: Fakulti responden

Berdasarkan Rajah 4, terdapat lima orang (36%) dari FTMK, 7 orang (18%) dari FKEKK, 3 orang (7%) dari FKE, dua orang (5%) dari fakulti FKP, lima orang (13%) dari FPTT, tiga orang (8%) dari FKM dan terdapat lima orang (13%) dari FTK daripada 30 orang responden.

Rajah 5: Masyarakat Melayu berpakaian menutup aurat sejajar dengan pengaruh Islam.

Berdasarkan Rajah 5, daripada 30 responden sebanyak lapan orang atau 26.67% mempunyai pendapat sangat setuju, setuju dan tidak pasti terhadap masyarakat Melayu berpakaian menutup aurat sejajar dengan pengaruh Islam manakala, tiga orang atau 10% mempunyai pendapat dalam tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Rajah 6: Masyarakat Melayu mengamalkan adab dan tatatertib keislaman.

Berdasarkan Rajah 6, sebanyak enam orang dengan peratusannya 20% berpendapat sangat setuju terhadap masyarakat Melayu mengamalkan adab dan tatatertib keislaman. Manakala, terdapat majoriti iaitu 11 orang atau 36.67% mempunyai pendapat setuju. Terdapat juga sembilan orang atau 30%  tidak pasti dalam tentang penyataan ini. Selain itu, juga terdapat tiga orang atau 10% berpendapat tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Rajah 7: Budaya tolong-menolong dan gotong-royong menjadi amalan masyarakat Melayu.

Berdasarkan Rajah 7, sebanyak lima orang atau 16.67% mempunyai pendapat sangat setuju terhadap budaya tolong-menolong dan gotong-royong menjadi amalan masyarakat Melayu. Manakala, terdapat majoriti iaitu 17 orang atau 56.67% mempunyai pendapat setuju. Terdapat juga tujuh orang dengan peratusannya 23.33%  tidak pasti dalam tentang penyataan ini. Selain itu, juga terdapat seorang atau 3.33% berpendapat tidak setuju.

Rajah 8: Undang-undang semakin adil dan saksama yang disebabkan banyak mengikut dari pengaruh Islam.

Berdasarkan Rajah 8, sebanyak tiga orang atau 10% mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap undang-undang semakin adil dan saksama yang disebabkan banyak mengikut dari pengaruh Islam. Manakala, terdapat 10 orang atau 33.33% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga lebih banyak orang iaitu 11 orang atau 36.67%  tidak pasti dalam tentang penyataan ini. Selain itu, juga terdapat lima orang atau 16.67% berpendapat tidak setuju. Di samping itu, terdapat seorang atau 3.33% sangat tidak setuju dalam penyataan ini.

Rajah 9: Semakin banyak madrasah dan sekolah pondok ditubuhkan sama seperti pengaruh Islam menjadikannya pusat pendidikan.

Berdasarkan Rajah 9, sebanyak lima orang atau 16.67% mempunyai pendapat sangat setuju terhadap semakin banyak madrasah dan sekolah pondok ditubuhkan sama seperti pengaruh Islam menjadikannya pusat pendidikan. Manakala, terdapat 10 orang atau 30% mempunyai pendapat setuju. Terdapat majoriti 12 orang atau 40%  tidak pasti  tentang penyataan ini. Selain itu, juga terdapat tiga orang atau 10% berpendapat tidak setuju.

Rajah 10: Masyarakat Melayu cenderung menjadikan tokoh-tokoh Islam sebagai rujukan.

Berdasarkan Rajah 10, sebanyak empat orang atau 13.33% mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap masyarakat Melayu cenderung menjadikan tokoh-tokoh Islam sebagai rujukan. Manakala, terdapat 9 orang atau 30% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga 15 orang atau 50%  tidak pasti dalam tentang masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67% berpendapat tidak setuju.

Rajah 11: Orang Islam negara lain yang berlainan di negara Malaysia menjadi punca juga pengaruh Islam tersebar.

Berdasarkan Rajah 11, sebanyak lima orang atau 16.67% mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap orang Islam negara lain yang berlainan di negara Malaysia menjadi punca juga pengaruh Islam tersebar. Manakala, terdapat 14 orang atau 46.67% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga sembilan orang atau 30%  tidak pasti dalam tentang masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67% berpendapat tidak setuju.

Rajah 12: Keadaan di negara-negara Arab mempengaruhi pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan.

Berdasarkan Rajah 12, sebanyak dua orang atau 6.67% mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap keadaan di negara-negara Arab mempengaruhi pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan. Manakala, terdapat lima orang atau 16.67% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga 21 orang atau 70%  tidak pasti dalam tentang masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67% berpendapat tidak setuju.

Rajah 13 : Pengaruh Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu banyak mempengaruhi paradigm masyarakat Melayu.

Berdasarkan Rajah 13, sebanyak enam orang atau 20% mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap Pengaruh Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu banyak mempengaruhi paradigm masyarakat Melayu. Manakala, terdapat 10 orang atau 33.33% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga 12 orang atau 40%  tidak pasti dalam tentang masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67% berpendapat tidak setuju.


5.0 Kesimpulan

Bedasarkan kajian yang telah dilakukan, kedatangan Islam ke Tanah Melayu jelas telah membawa pengaruh yang cukup besar kepada masyarakat Melayu. Islam yang tersebar ke seluruh Tanah Melayu melalui beberapa faktor telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran dan cara hidup orang-orang Melayu sehingga membentuk satu peradaban Melayu yang berbeza dengan sebelumnya. Pengaruh Islam ini terus berkembang dengan baik dalam tempoh yang agak lama. Namun begitu pengaruh Islam telah terjejas apabila pihak Barat datang menjajah terutama penjajah British atau Inggeris yang telah berjaya mencampuri urusan hal-ehwal orang-orang Melayu dengan memperkenalkan dasar-dasar Barat menerusi sistem residen. Akibatnya nilai-nilai tradisi dan agama Islam yang mewarnai politik, perundangan, ekonomi dan pendidikan dalam masyarakat Melayu semakin terhakis dan terpisah.

Walaupun penjajahan Inggeris telah menjejaskan pengaruh Islam dan membantutkan perkembangannya dalam pelbagai aspek, namun dari aspek kepercayaan dan pegangan akidah orang-orang Melayu tidak terjejas dan tetap dipertahankan. Akidah Islam yang sudah tertanam dalam diri dan sebati dengan jiwa orang Melayu sejak sekian lama telah membangkitkan kesedaran dan semangat di kalangan mereka untuk berjuang menentang penjajahan Barat ini sehinggalah membawa kepada kemerdekaan tanahair pada tahun 1957.  Selepas mencapai kemerdekaan, pengaruh dan perkembangan Islam kembali mewarnai peradaban Malaysia.

Cadangan yang boleh diberikan adalah undang-undang Islam diterapkan sistem perundangan seperti dalam Undang-undang 99 Perak berkaitan dengan perkahwinan, penceraian, penzinaan dan lain-lain. Selain itu, Sultan bertanggungjawab memerintah dengan adil berpandukan Al-Quran dan hadis. Pemikiran orang Melayu mula dipengaruhi oleh persoalan-persoalan hukum syarak. Dalam melakukan sesuatu perkara orang Melayu akan memikirkan sama ada sesuatu itu haram, halal, wajib, sunat, harus, makruh, fardu a’in, fardu kifayah dan sebagainya. Pengaruh seni khat atau kaligrafi menjadi hiasan utama di masjid dan madrasah.


Rujukan

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1984). Sejarah Dan Pemikiran Islam. Damansara           Utama: Penerbitan Pena.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (2000). Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdullah Ishak. (1990). Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu). Petaling Jaya: Al-Rahmaniah.

Ahmad Mohamad Ibrahim. (1986). Sistem Undang-undang Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dasuki Haji Ahmad. (1986). Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. (2004). Cetakan ke Empat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mahayudin Haji Yahaya. (1998). Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Zaki Badawi. (1962). Latar belakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


MZ Zainudin, Majidah Mahadhir, Chong See Yee, Ling Sui Voon, Tan Zhen Yee, Nurfarihatul Jannah Abu Bakar, Nor Hamizah Hamza