Konsep masa kepada hari hanya ada tiga iaitu hari kelmarin atau semalam, hari ini dan hari esok. Kelmarin adalah masa yang telah lepas, telah berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi.
Hari kelmarin tidak dapat dikembalikan |
Kita tidak boleh lagi pergi ke zaman dulu-dulu, zaman kita ke tadika. Semuanya telah berlalu dan kita namakan sebagai kenangan.
Hari ini adalah sekarang, masa yang kita sedang lalui, sedang nikmati. Hari esok adalah harapan kerana kita belum tentu akan melihat cahaya matahari memancar esok.
Maknanya kita tidak tahu apakah yang akan berlaku hari esok. Antara ketiga-tiga hari ini, kita mesti fokuskan hari ini, masa sekarang, kerana itulah satu-satunya peluang untuk bertindak yang diberikan oleh Allah swt kepada kita.
Kelmarin telah pergi, hari esok belum tentu milik kita.
No comments:
Post a Comment