Warga asing minat belajar di Malaysia |
Rata-rata warganegara Nigeria yang ditangkap berkaitan dadah masuk ke negara ini melalui tiket pelajar di kolej-kolej swasta. Kehadiran mereka ini bukan sahaja memberi masalah kepada pihak berkuasa malah mengancam keamanan hidup rakyat tempatan yang sering kali dikaitkan dengan tindakan liar dan budaya tidak menghormati jiran-jiran tetangga.
Agensi kerajaan yang berkaitan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam DIraja Malaysia serta pihak polis sendiri wajar mencari punca kepada kebanjiran "awang hitam" dari Nigeria ini kerana penglibatan mereka dengan dadah ada kaitan dengan berselindung di sebalik visa pelajar. Sudah sampai masanya kerajaan bertindak mengenal pasti secara jelas mekanisme terbaik untuk mengekang kebanjiran mereka. Mungkin ada baiknya menggunakan polisi yang mengetatkan kemasukan warganegara Nigeria biar pun sebagai pelajar.
Selain kolej swasta, terdapat ruang lain yang masih longgar untuk "awang hitam" Nigeria menyelinap masuk dan tinggal di negara ini. Antaranya melalui kehadiran sebagai peserta konferens. Mereka akan memohon visa, menempah tiket kapal terbang dan hotel. Ketika kehadiran mereka dialu-alukan sebagai pelancong, kelibat mereka juga merimaskan kerana tempat konferens berada di Melaka tetapi menempah hotel di Kuala Lumpur. Jarak Kuala Lumpur dan Melaka agak jauh, tentulah kes begini perlukan siasatan di sebalik tujuan mereka datang ke Malaysia.
Melihat kepada negara Nigeria, rakyat negara itu masih ramai yang hidup di bawah paras kemiskinan. Dengan jumlah penduduk lebih 100 juta orang, golongan yang kaya juga ramai dan mereka inilah yang boleh pergi ke luar negara sebagai pelancong, pelajar dan peniaga. Namun terdapat kemusykilan terhadap kelompok yang datang sebagai pelajar tetapi mengedar dadah. Apakah di Nigeria terdapat institusi yang bersifat "kongsi gelap" yang boleh menaja pelajar ini datang ke Malaysia, mendaftarkan diri di kolej seterusnya melakukan aktiviti jenayah tanpa dipantau oleh pihak kolej sendiri?
Setiap hari media melaporkan kes wang tiruan dan pengedaran dadah yang melibatkan rakyat Nigeria. Imej mereka ini sangat buruk dan menjadikan rakyat Malaysia mulai rimas dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang begini. Kerajaan wajar mengambil langkah lebih tegas supaya kes-kes kecil ini tidak merebak menjadi wabak yang dapat merendahkan imej tegas pihak polis dan agensi penguatkuasa lain.
Tindakan segera dan berkesan harus bermula dari sekarang supaya "nasi tidak menjadi bubur" di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment