Tiga tahun lalu, oleh kerana jemu dengan golongan elit politik di
Jakarta, saya alih perhatian kepada pemimpin-pemimpin di kawasan lain.
Corak permainan politik pemimpin-pemimpin utama di Republik itu nampak sama, bosan dan mencurigakan. Mereka kerap mengetengahkan isu reformasi tanpa sebarang inisiatif mengatasi masalah-masalah yang berleluasa. Segalanya hanya janji manis.
Dukacita dengan perkara tersebut, saya mengembara ke luar Jakarta menuju ke daerah lain dan bandar-bandar di Jawa, Sumatera dan Kalimantan untuk melihat senario politik di daerah. Saya bertemu pemimpin tempatan bergelar Bupati dan Walikota bagi mengetahui tentang agenda dan isu penting di kawasan mereka.
Saya harus menerangkan di sini, Indonesia telah melaksanakan autonomi mengikut daerah sejak 2004, di mana pemerintah daerah diberi kuasa mentadbir. Selain itu, setiap pemerintah akan dipilih sendiri oleh penduduk tempatan menerusi pilihan raya, berbeza ketika zaman Presiden Suharto apabila pemerintah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan di Jakarta.
Malah, seperti saya nukilkan dalam kolum sebelum ini, inisiatif tersebut memberi nafas baru kepada dunia politik Indonesia. Setelah bersua dengan mereka, saya dapat rasakan pemimpin-pemimpin ini lebih mengenali realiti kehidupan rakyat biasa Indonesia dan ini memberi mereka kelebihan berbanding ahli-ahli politik di Jakarta.
Wakil-wakil rakyat yang dipilih memerintah kerajaan tempatan kini mempunyai pengaruh hebat untuk memberi kesan terhadap kehidupan penduduk, termasuk kuasa untuk mengawal selia urusan perniagaan, kesihatan dan pelajaran di kawasan mereka.
Benar sekali, ada juga segelintir yang tiada bezanya seperti wakil rakyat dan menteri, yang terjerumus dengan amalan rasuah dan nepotisme. Walau sedemikian, masih terdapat ramai pemimpin tempatan Indonesia yang tidak putus asa membantu dan mendekati penduduk-penduduk, justeru meningkatkan prestasi pentadbiran dan mengangkat martabat jawatan yang disandang.
Pemimpin yang tidak mampu memberikan khidmat baik akan kalah di peti undi.
Arus perubahan ini dapat dilihat pada pusingan kedua Pilihan Raya Gabenor Jakarta pada 20 September lalu, menyaksikan kemenangan Datuk Bandar Solo daripada Parti Demokrat Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo (“Jokowi”) bersama temannya, bekas Bupati Parti Gerindra yang kemudiannya menjadi Ahli Parlimen, Basuk Tjahaja Purnama (“Ahok”)
Dalam kempen, mereka ketengahkan agenda pendekatan rakyat yang mereka telah capai di peringkat kerajaan tempatan.
Jokowi dan Ahok mengejutkan banyak pihak ketika pusingan pertama pilihan raya Jakarta pada Julai lepas, mengalahkan calon Parti Demokrat, Fauzi Bowo (“Foke”) yang merupakan Gabenor Jakarta ketika itu dan Narchrowi Ramli (“Nara”).
Setelah kemenangan Jokowi di pusingan pertama, Kerajaan Pusat terus bertindak demi melemahkan pengaruh pemimpin parti Gerindra, Prabowo Subianto (yang sangat menyokong pencalonan Jokowi) dan mengekalkan posisi Foke di Jakarta.
Perikatan parti pemerintahan Susilo Bambang Yudhono (termasuk Golkar dan Parti Keadilan Sejahtera) bergabung untuk meredakan kenaikan populariti Jokowi.
Lebih merisaukan, isu agama dan bangsa kerap ditimbulkan ketika kempen – sama ada secara terbuka atau tidak – menentang pencalonan Jokowi dan Ahok, terutama Ahok yang berasal dari keturunan Cina Indonesia.

Tindakan ini hanya memakan diri sendiri apabila Jokowi dan Ahok
memenangi pilihan raya tersebut. Ini menunjukkan betapa terdesaknya
parti memerintah untuk mengekalkan kuasa mereka serta ideologi cetek
pemerintahan pusat di Jakarta.
Kemenangan Jokowi menunjukkan, sokongan penduduk kini lebih cenderung kepada pemimpin populis dan rajin berkhidmat. Parti Demokrat dan perikatannya mungkin telah memenangi pilihan raya 2009, tetapi mereka jelas sekali gagal dalam usaha mendekati rakyat dan pengundi seperti mana dilakukan Jokowi dan rakan seperjuangan beliau, Datuk Bandar Surabaya, iaitu Tri Rismaharini.

Kedua-dua pemimpin itu pernah membuat
kunjungan silaturahim ke Malaysia, di mana saya membawa Pak Jokowi
melawat Karangkraf dan pejabat Sinar Harian pada Januari, manakala Ibu
Risma melawat bandar raya Shah Alam, baru-baru ini.
Ahli-ahli politik tempatan seperti mereka melambangkan masa hadapan
yang cerah. Koalisi Kerajaan Pusat di Jakarta diyakini akan tewas sama
sekali ketika pilihan raya 2014, melainkan mereka dapat subah arus deras
perubahan realiti di Indonesia.
(Sinar Harian, 25 September 2012)
No comments:
Post a Comment