Monday, September 10, 2012

The Handbook of Social Policy





Penulis: James Midgley dan Michelle Livermore (editor)
Tahun: 2009 (Edisi kedua)
Penerbit: SAGE Publications
Muka Surat: 606



Bidang dasar sosial terus berkembang dan mendapat penilaian yang berterusan, proses dokumentasi yang lebih baik dan analisis yang mendalam. Buku ini adalah percubaan untuk mendokumentasikan isi-isi penting dalam pengetahuan terhadap dasar-dasar sosial kerajaan selepas pengajian tentang dasar sosial bermula lebih 50 tahun lepas.

Edisi kedua buku ini memberi pendedahan dalam bentuk maklumat baru dan amat sesuai menjadi buku pengajaran di institusi pengajian tinggi. Maklumat yang komprehensif dan bersesuaian dengan pelbagai bidang sosial.

Antara maklumat yang dimuatkan ialah dasar terkini termasuk rujukan yang berkaitan dasar sosial, menawarkan informasi terntang permulaan dasar sosial di Amerika Syarikat pada awal abad ke-21, membentangkan sumbangan termasuk kajian kes dan contoh tentang cabaran dan cara berfikir dalam dasar kebajikan sosial, memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa dan kepelbagaian penduduk, dan, memasukkan kandungan refleksi yang sering mendapat perhatian seperti advokasi, amalan dasar, isu imigresen dan diskriminasi.

Mereka yang layak mendapat manfaat daripada buku  ini ialah pelajar pascasiswazah, pentadbir dan pembuat polisi.


No comments:

Post a Comment