Komunikasi yang berkesan amat penting dalam semua keadaan. Bagi peniaga atau usahawan, komunikasi yang jelas, padat dan mudah difahami dapat meningkatkan kadar keuntungan syarikat.
Bagi pelajar, memahami mesej yang disampaikan oleh guru di dalam kelas dapat menambahkan kefahaman untuk menghadapi peperiksaan. Bagi kakitangan organisasi, komunikasi berkesan boleh mengurangkan kekerapan memberi arahan berulang-ulang kali.
Saya pernah memesan segelas air milo ais di sebuah restoran tetapi yang datang ialah segelas teh 'o' ais. Arahan yang diberi sangat jelas tetapi saluran mesej menghadapi gangguan dan masalah. Akhirnya, restoran tersebut terpaksa menanggung kos teh 'o' ais kerana tidak ada pelanggan yang memesan minuman itu.
Kesimpulannya, kalau salah mengurus komunikasi, ia akan membawa beban kepada kita sendiri dan orang lain juga terkena tempiasnya.
No comments:
Post a Comment