Seringkali kita
mendengar kejayaan dan kegagalan silih berganti, namun hakikatnya ialah
kejayaan banyak ditentukan oleh kemahuan, bukannya pendidikan. Saya ambil
contoh seorang usahawan automatif Amerika Syarikat, Henry Ford. Dia bukannya
seorang yang berpendidikan tinggi tetapi semangat untuk meraih kejayaan sangat
tinggi.
Ford ingin
mencipta mesin V8 dan dia bekerja keras bersama-sama jurutera membina sebuah
mesin atau jentera yang hebat. Kesungguhan untuk melihat sebuah jentera V8 akhirnya
tercapai selepas kemahuan tinggi mengatasi semua halangan.
Resepi kejayaan
Ford ialah memiliki matlamat dan bergerak ke arah matlamat itu dengan seribu
daya dan seribu usaha.
No comments:
Post a Comment