Kajian yang dilakukan oleh University of Michigan tentang kesan menceritakan masalah, isi hati atau perasaan kita kepada orang lain menunjukkan orang yang selalu mencurahkan masalah kepada ibu bapa, rakan-akan atau kaunselor dapat meningkatkan kadar hormon progesteron iaitu hormon yang diyakini dapat mengurangkan rasa cemas dan stres.
Penemuan lain yang dapat dikesan adalah responden menunjukkan tahap kesihatan yang memuaskan. Kepada siapa Yang paling berkesan untuk kita berbual-bual bagi menyelesaikan masalah hidup?
University of Wisconsin-Madison melakukan tinjauan ke atas puluhan gadis dan ibu mereka. Rumusan kajian ini ialah ‘talking on the phone with mom is nearly as comforting as getting a halt to release stress’.
Dengan kata lain, apabila kita rasa gelisah, cepat-cepatlah menelefon ibu kita kerana suara ibu memberi sentuhan kasih sayang yang sangat menakjubkan.
No comments:
Post a Comment