Adakah kita selalu berfikir apa yang akan berlaku kepada kita dałam tempoh lima tahun akan datang dan apa yang kita lakukan pada hari ini untuk membawa hasil pada hari-hari yang akan datang?
Ramai juga yang berfikir untung nasibnya itu. Jadinya, apa yang kita buat pada hari ini akan menentukan keadaan hidup kita di kemudian hari.
Contohnya, pelajar sekolah yang kaki ponteng kelas, tidak mahu mengambil ujian dan peperiksaan serta kerap melawan arahan guru, kita sudah boleh agak ke mana hala tuju dan masa hadapan hidupnya.
Saya rasa pelajar yang berani ponteng kelas kurang memikirkan masa hadapan.
Dia meletakkan masa depannya di tangan ibu bapa, guru dan rakan-rakannya. Jika mereka ini betul-betul hendak membantu baguslah, namun jika mereka tidak mahu, masa hadapan belum tentu terjamin.
No comments:
Post a Comment