Wednesday, March 23, 2022

Tujuh aspek hidup


Kita hanya boleh dianggap berjaya apabila dikatakan telah mencapai kejayaan dalam tujuh aspek hidup yang utama iaitu mental, jasmani, rohani, kerjaya, kewangan, keluarga dan kemasyarakatan. 

Jika boleh, perancangan hidup meliputi ketujuh-tujuh aspek tadi supaya wujud keseimbangan, berjaya, kaya, sihat, rasa bahagia dan dihormati. 

Programkan mental kita dengan mekanisme kejayaan, tanamkan mental yang cenderung kepada ‘boleh’ supaya kita terdorong untuk berusaha dengan kuat, kawalan diri yang tegas dan tidak mudah kalah dengan kekecewaan. 

Begitu juga dengan emosi yang stabil, mampu tahan kritikan dan boleh lagi memberi senyuman walaupun keadaan yang sukar. 

Dengan doa dan usaha, kejayaan akan menyebelahi kita.


No comments:

Post a Comment