Wednesday, March 02, 2022

Beza lelaki dan wanita


Ciptaan Allah swt sangat hebat dan unik. Setiap makhluk berpasang-pasangan dan ada ciri-ciri yang khusus. 

Contohnya dalam proses bernafas, wanita menarik nafas lebih kerap tetapi lelaki menarik nafas lebih dalam supaya oksigen yang masuk ke dalam paru-paru dapat ditukar menjadi tenaga. Kulit lelaki lebih kasar kerana banyak masa dihabiskan di luar rumah untuk berkerja, mencari nafkah keluarga dan bersosial. 

Tulang-temulang orang lelaki lebih panjang kerana disesuaikan untuk pekerjaan yang berat.

Psikologi juga berbeza. Wanita cenderung berfikir dengan emosi dan mengikut kata hati. 

Mereka lebih selesa dengan kasih sayang dan lebih mudah bagi wanita mengasuh anak-anak daripada lelaki. 

Perbezaan lelaki dan wanita adalah satu rahmat. Berbeza bukannya bermusuh tetapi lengkap melengkapi, saling membantu dan berkasih sayang. 

Dalam pekerjaan, di pusat membeli belah, majlis-majlis keraian, kita tidak perlu bertekak jika ada perbezaan pendapat. 

Apa yang penting ialah bekerjasama mencapai matlamat.


No comments:

Post a Comment