Friday, March 18, 2022

Pilihan di tangan sendiri


Pengalaman saya, nikmat hidup yang sangat bermakna dalam hidup saya adalah melakukan apa yang orang lain katakan saya tidak layak dan tidak mampu lakukan. 

Dari dulu hingga kini, ramai orang yang memandang sinis kepada kita, tidak yakin dengan kemampuan kita dan senang-senang sahaja memperkecilkan keupayaan kita. Penolakan dan cemuhan boleh menjadi pendorong terbesar untuk meraih kejayaan. 

Orang lain tidak mahu yakin kepada kita kerana mereka tidak dapat mengenal pasti dengan tepat tahap kebolehan kita. Akhirnya, kita disisihkan kerana tidak memberi banyak sumbangan.

Umpama 'genggam bara api sampai jadi abu’, orang yang dipecat atau dihalang daripada naik pangkat boleh bangkit daripada kekecewaan dengan berusaha membuktikan bahawa mereka juga boleh melakukannya. 

Pilihan di tangan kita kerana ktia sendiri yang bertanggungjawab di atas kejayaan dan kegagalan sendiri, tidak ada orang lain yang mampu menyebabkan kegagalan melainkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment