Tuesday, March 15, 2022

Pentingnya adab


Salah satu kejayaan tamadun Islam yang kekal sehingga kini adalah pengekalan adab dalam kalangan masyarakat Islam. Rasulullah SAW amat menitikberatkan adab kerana ia menjadi paksi kepada pembentukan perangan yang menunjukkan ciri-ciri pemimpin, sukakan ilmu dan ke arah membentuk masyarakat penyayang. 

Adab-adab yang ditunjukkan Rasulullah SAW amat mudah dan menjadi rutin harian. Antaranya adab minum air. Caranya minum sedikit-sedikit supaya tidak tersedak, duduk ketika minum dan tidak menghembus nafas dalam bekas minuman. 

Walaupun minum air nampak seperti mudah, jika kita mempraktikkan amalan ini, kesannya besar kepada kesihatan diri sendiri. Contohnya, minum ketika sedang duduk. 

Apakah rahsianya? 

Saya pernah diberitahu oleh seorang pakcik yang agak berumur tentang kelebihan minum air secara duduk berbanding berdiri. Katanya, amalan minum secara duduk dapat mengurangkan risiko sakit urat badan. 

Saya tidak pasti sama ada benar atau tidak tetapi saya perhatikan pakcik ini memang jarang sakit badan, sakit tulang atau sakit kepala. Hikmah menjaga adab-adab seperti ini memang banyak sama ada diketahui ataupun tidak. 

Namun yang paling penting adalah adab-adab yang disarankan Rasulullah SAW.


No comments:

Post a Comment