Sunday, March 20, 2022

Nilai-nilai juara


Dalam acara olahraga, persaingan yang setiap orang nanti-nantikan adalah acara pecut 100 meter. Ketika ini, rekod catatan masa dipegang oleh pelari-pelari dari Barat, belum ada orang Asia yang berjaya memecahkan rekod 100 meter. 

Rekod dunia pada tahun 1912 adalah 10.6 saat yang pada masa ini terus diperbaharui.

Sehingga kini larian pantas 100 meter telah menghampiri 9.48 saat. Pencapaian atlet dalam larian ini tentu lebih pantas pada masa hadapan kerana teknik latihan yang semakin baik dan kecergasan atlet yang mantap. 

Selain acara pecut, atlet-atlet dalam kejohanan olahraga berterusan membaiki pencapaian masing-masing melalui usaha yang gigih, disiplin yang tinggi dan mentaliti juara yang tebal. 

Kita boleh jadikan atlet sukan olahraga sebagai contoh dan model tentang semangat juang, kecekalan hati dan daya tahan untuk berjaya dalam bidang kita. 

Jika kita sebagai pelajar, jadikan ciri-ciri ini sebagai pembakar semangat untuk belajar. 

Jika kita sebagai remaja, jadikan ia suatu wawasan dan tanggungjawab ke arah kejayaan dan kecemerlangan hidup.


No comments:

Post a Comment