Friday, March 25, 2022

Potensi luar biasa



Biasanya dalam keadaan terpaksa, kita mempamerkan bakat dan kebolehan di luar jangkaan. Potensi yang telah terkubur dan terbenam tiba-tiba muncul satu per satu. 

Tiba-tiba kita memiliki tenaga dan keupayaan untuk bertindak. 

Seorang wanita bergelar ibu tunggal telah berjaya membuka pusat jagaan anak-anak kerana pengalaman bekerja di taman asuhan kanak-kanak dan sukakan kanak-kanak. 

Di sebalik susah payah hidup, beliau membulatkan tekad dan azam untuk menawarkan perkhidmatan menjaga anak-anak di rumah. 

Dengan khidmat yang memuaskan dan sempurna, bisnesnya terus berkembang dengan menggaji beberapa orang untuk bekerja. 

Hari ini beliau sedang berkira-kira hendak membuka cawangan taskanya sendiri.


No comments:

Post a Comment