Thursday, March 17, 2022

Fokus kepada kebolehan diri


Kisah-kisah suka dan duka orang yang berjaya dalam kerjaya dan hidup telah banyak mengubah persepsi orang ramai terhadap hidup. Dua orang daripada mereka adalah Mitchell dan Candace Lighter. 

Mitchell merupakan seorang tokoh motivasi dan ahli perniagaan yang berjaya. 

Seorang lagi, Candace, merupakan seorang wanita yang telah mengasaskan organisasi Mother Against Drunk Driving (MADD) sehingga meyakinkan Presiden Ronald Reagen untuk memberi hukuman lebih keras ke atas pemandu mabuk. 

Mitchell telah dua kali ditimpa musibah. 

Pertama, kulitnya melecur 65 peratus. Kedua, kapal terbang yang dipandu terhempas menyebabkannya terpaksa berkerusi roda, pinggangnya lumpuh. 

Walaupun tidak lagi mampu berjalan, beliau gigih membina hidup yang baru. Kepada orang yang sangat mudah kecewa dan berputus asa, saya ambil kata-kata beliau untuk direnungi.

 “Sebelum saya cacat dari pinggang ke bawah, saya dapat melakukan 10 ribu aktiviti. Sekarang hanya tinggal 9 ribu aktiviti sahaja. 

Apa yang harus menjadi fokus saya? Apakah saya menyesali seribu aktiviti yang tidak mampu saya lakukan? 

Tidak. Saya lebih baik memberikan fokus pada 9 ribu aktiviti yang mampu saya nikmati dalam hidup saya”.

No comments:

Post a Comment