Mengukuhkan sikap
positif dan diri memerlukan semangat dan kekuatan diri yang tulen. Pelaksanaan
sesuatu sikap yang positif tidak boleh dibuat seolah-olah kita berlakon kerana
ia tidak kekal.
Semangat dan kekuatan diri boleh dicari dan banyak caranya.
Pertama, mesti ada keinginan, nyatakan keinginan ini dalam doa kita. Jika boleh
setiap hari dalam doa-doa selepas solat supaya suatu masa nanti Allah swt akan
menerima doa tersebut dan kita akan dapat.
Kedua, tapis apa yang akan masuk ke
dalam pemikiran kita. Kita tentukan apa yang kita mahu tahu, berapa banyak yang
kita mahu dan bagaimana kita mahu memberi reaksi terhadap maklumat-maklumat
yang ada dalam minda kita.
Dua cara ini saya fikir dapat mengukuhkan semangat
kita untuk mengekalkan sikap positif diri kita.
No comments:
Post a Comment