1.0
Pengenalan
Makanan tradisional adalah
makanan dan minuman yang biasa dimakan oleh masyarakat tertentu dengan cita rasa
khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Bagi masyarakat Malaysia umumnya
amat diyakini khasiat, aneka makanan tradisional seperti karipap, nasi lemak,
roti canai dan sebagainya. Di samping berkhasiat, makanan tradisional juga
mengandung segi positif yang lain seperti bahan-bahan yang bervitamin, bergizi
tinggi, serat, murah dan mudah didapat, sesuai dengan selera masyarakat sehingga
diyakini mempunyai potensi yang baik sebagai makanan.
Dengan beragam dan bervariasinya bahan dasar, maka dapat dihasilkan
bermacam-macam jenis makanan tradisional yang sedemikian rupa sehingga menjadi
makanan yang lazat dan gizi seimbang. Demikian juga cara pembuatannya dilakukan
dengan beragam dan bervariasi seperti membakar/memanggang, pengasapan,
pemepesan, pengukusan, menggoreng dan menumis.
Makanan tradisional dipengaruhi oleh kebiasaan makan masyarakat dan menyatu di
dalam sistem sosial budaya berbagai-bagai golongan etnik dan kaum di
daerah-daerah. Makanan tersebut disukai kerana rasa, tekstur dan aromanya
sesuai dengan seleranya. Demikian juga dengan kebiasaan makan khas daerah
umumnya tidak mudah berubah, walaupun anggota etnik bersangkutan pindah ke
daerah lain.
Malaysia merupakan sebuah
negara membangun yang istimewa kerana dihuni oleh masyarakat yang berbilang
etnik. Etnik Melayu, Cina dan India merupakan etnik utama di Malaysia. Selain
itu, Malaysia juga mempunyai kira kira 80 kaum etnik lain seperti Baba Nyonya,
Kadazandusun dan Iban. Etnik Melayu merupakan kumpulan etnik
terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 57 peratus penduduk negara ini. Orang
Melayu adalah beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa
Melayu dan berketurunan Melayu. Orang Melayu terkenal dengan sifat lemah
lembut, sopan santun dan peramah serta mempunyai kemahiran kesenian yang tinggi.
Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup
bersama sejak beberapa generasi. Oleh yang demikian, pelbagai budaya yang
berbeza dari setiap etnik akan saling mempengaruhi dan seterusnya menghasilkan gabungan
variasi budaya Malaysia yang unik.
Terdapat banyak aspek dalam
mewujudkan kepelbagaian budaya antaranya cara pemakanan, sambutan perayaan,
pemakaian tradisional dan banyak lagi. Seperti yang kita sedia maklum, setiap
kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum
masing-masing. Pada hari ini, makanan juga memberi impakyang besar dalam
mewujudkan variasi etnik di Malaysia. Sebagai contoh, roti canai, nasi lemak,
lontong, tosei, capati serta yong tau fu bukan hanya di makan oleh etnik Melayu,
Cina dan India sahaja malahan semua makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja
tidak terkecuali bangsa asing yang datang berhijrah untuk mencari peluang
pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran di Malaysia.
Bagi menjayakan kajian ini, empat
orang responden telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada etnik luar
dari Malaysia bagi mengenal pasti pandangan mereka tentang makanan tradisional
di Malaysia. Objektif kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu mengetahui makanan
tradisional setiap etnik, mengetahui penerimaan makanan tradisional sesuatu
etnik kepada etnik lain serta mempromosikan makanan tradisional sesuatu etnik
kepada etnik lain.
Kepentingan kajian ini adalah untuk
mengetahui makanan tradisional mengikut etnik dan penerimaan makanan
tradisional sesuatu etnik terhadap etnik yang lain serta daya tarikan setiap
makanan tradisional mengikut etnik. Selain itu, untuk mengetahui apakah makanan
tradisional etnik lain yang datang dari luar Malaysia.
2.0
Sorotan Kajian
Perpaduan merupakan aset
yang penting kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati
di Malaysia. Menurut kajian Institut Penyelidikan Belia Malaysia, masyarakat
pada hari ini tidak lagi menampilkan ciri-ciri perkauman yang melampau dalam aspek-aspek
kehidupan mereka. Ini adalah petanda yang positif bagi masa depan sebuah negara
yang berbilang kaum di Malaysia serta mencerminkan penerimaan mereka yang baik
tanpa prejudis terhadap kaum-kaum yang berada di Malaysia.
Sikap masyarakat pada hari
ini juga mampu menambah baik masa depan ekonomi negara, dengan ini tentulah
akan dapat mengekalkan keharmonian di antara kaum. Berdasarkan kajian ini, ia
juga dapat membuktikan bahawa majoriti menyatakan keadaan ekonomi semakin baik
jika perpaduan terjalin antara masyarakat di Malaysia. Dengan melihat kembali
sejarah dan pengalaman negara ini, masalah ekonomi dapat memberi kesan kepada
kewujudan jurang antara kaum dan jika tidak dapat dibendung akan dapat
mencetuskan rasa cemburu sehingga membawa kepada permusuhan antara kaum.
Pada hari ini juga, kita
dapat melihat sesuatu kaum menjual atau membeli makanan yang bukan dari kaum
mereka sendiri. Sebagai contoh, kaum Cina membeli nasi lemak atau asam laksa,
manakala kaum Melayu menjual yong tau foo, roti canai, roti nan, tosai dan
sebagainya.
Makanan tradisional sangat
digemari oleh masyarakat yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya serta
mempunyai pelbagai makanan mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional
terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antara makanan basah ialah nasi
lemak, capati dan yong tau foo. Manakala makanan kering ialah dodol, karipap
dan bahulu. Makanan tradisional ini semakin digemari hingga ke peringkat
antarabangsa. Industri makanan tradisional ini hendaklah dimajukan agar
mempelbagaikan produk makanan yang sedia ada. Hal ini akan menyebabkan
pelanggan tertarik kepada kepelbagaian produk makanan yang disediakan.
Contoh makanan orang
Melayu yang sering kali menjadi sambutan dari pelbagai kaum adalah nasi lemak.
Ia bukan sahaja digemari oleh pelbagai kaum, bahkan dapat memberi kesan
kesepaduan kaum di Malaysia. Nasi lemak sering kali dihidang pada waktu pagi
tetapi pada masa kini ia dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Bagi kaum
India, putu mayam ialah sejenis makanan manis yang kerap dimakan ketika sarapan
pagi ataupun sebagai snek. Makanan ini juga digemari oleh semua lapisan
masyarakat di Malaysia. Nasi ayam adalah makanan yang dipelopori oleh kaum
Cina. Makanan ini telah diminati oleh semua rakyat Malaysia kerana rasa ayam
yang telah dikukus dengan rempah yang sebati.
Perayaan utama yang
disambut oleh setiap kaum di Malaysia akan menghidangkan makanan tradisional
mengikut kaum tersendiri. Ketika perayaan mereka akan berkunjung ke rumah dan
dihidangkan dengan makanan tradisional. Dalam masa yang sama, perhubungan
antara kaum atau bangsa dapat dieratkan. Perhubungan yang jitu di antara kaum
akan menghasilkan keharmonian dan perpaduan di Malaysia. Semua ini akan terus
menjadi ikon atau identiti sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.
3.0
Metodologi Kajian
Kaedah dan cara kajian ini
dijalankan ialah melalui pemerhatian terhadap etnik di sekeliling, melalui temu
bual secara langsung kepada individu berbeza etnik latar belakang dan hasil
yang telah diperolehi dokumentasikan sebagai laporan hasil kajian.
Reka bentuk kajian dalam
kajian ini antaranya ialah pendekatan kajian, kaedah persampelan, cara pengumpulan
data, teknik memproses dan menganalisis data serta penulisan laporan. Reka
bentuk kajian kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui kaedah
tinjauan. Dalam kajian ini, tinjauan dibuat di sekitar kawasan terpilih di
Melaka untuk mendapatkan pandangan beberapa responden tentang hal-hal berkaitan
dengan makanan tradisional menikut kaum.
Manakala reka bentuk
kajian kualitatif yang digunakan ialah kajian etnografi dan kajian sejarah.
Dalam kajian kes, kajian etnografi digunakan bagi mengkaji ciri-ciri makanan
tradisional etnik di Malaysia. Kajian sejarah pula digunakan bagi mengkaji
rekod dan penulisan lampau antaranya dapatan daripada jurnal untuk dikaitkan
dalam kajian berkenaan makan tradisional etnik di Malaysia.
Ketika melakukan tinjauan,
tiga soalan kaji selidik telah dikemukakan kepada responden. Sampel terdiri
daripada empat responden dari pelbagai etnik yang datang dari luar negara telah
dipilih secara rawak bagi menjayakan tinjauan ini. Instrumen utama kajian ini
ialah soal selidik. Instrumen kajian kualitatif pula ialah soalan temu bual
tidak berstruktur. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS.
4.0
Hasil Kajian
Hasil daripada kajian
melalui temu bual, responden pertama bernama Abdul Rahman Bakri berumur 23
tahun dan berasal dari negara Yaman serta berketurunan Arab. Menurut responden,
makanan tradisional di Yaman adalah asidah dan kabsa. Asidah
diperbuat daripada campuran gula merah dan tepung gandum yang memiliki rasa
manis melekit dengan sedikit aroma rempah dan dihidangkan bersama lelehan
mentega. Kebiasaannya asida dinikmati dengan teh manis atau kopi.
Manakala bagi kabsa pula, ia adalah nasi yang berlaukkan daging atau
ayam yang dimasak menggunakan rempah ratus. Menurut respondan, makanan yang
menjadi kegemaran beliau di Malaysia adalah nasi goreng daging dan putu piring
kerana rasa yang sedap dan manis serta mempunyai rasa dan rupa yang seakan-akan
sama dengan makanan di negara asalnya.
Seterusnya untuk respondan
kedua, beliau bernama Muhammad Khalid berumur 21 tahun dan berasal dari negara
Sudan serta berketurunan Arab (Sudanese). Berdasarkan temu bual bersama
respondan, wekah dan kisrah menjadi makanan tradisional bagi
penduduk di negara Sudan. Wekah adalah campuran kacang bendi dan bawang
putih yang dikisar sehingga hancur dan kebiasaannya dimakan bersama roti
manakala kisrah pula adalah sejenis roti yang diuli dan diadun lembut
yang mempunyai rupa seperti roti naan. Sementara itu, dapatan daripada
respondan, makanan yang menjadi kegemaran beliau di Malaysia adalah nasi goreng
sotong.
Selain itu, respondan
ketiga bernama Abu Bakar berumur 23 tahun dan berasal dari Chad, Arab Saudi
serta berketurunan Afrika. Menurut responden, makanan tradisional di Chad
adalah sejenis sate kambing yang dihidangkan bersama kuah kacang kuda yang
dikisar sehingga hancur dan juga roti. Makanan yang menjadi kegemaran respondan
di Malaysia adalah nasi ayam merah.
Masakan Arab ditakrifkan
sebagai pelbagai masakan serantau di dunia Arab yang menjangkau dari Maghribi
dan Tunisia ke Yaman dan Somalia serta menggabungkan Levant, Mesir dan yang
lain. Ia juga dipengaruhi ke suatu tahap oleh masakan Turki, Afghanistan, Iran,
India, Barbar dan budaya-budaya lain rantau itu sebelum Arabisasi kebudayaan
dibawa oleh orang Arab mengikut salasilah sewaktu penaklukan Arab Islam. Terdahulunya,
orang Arab dari Semenanjung Arab banyak bergantung dengan diet kurma, gandum,
barli, nasi dan daging, dengan sedikit kepelbagaian, dengan penekanan pada
yogurt, seperti labneh (لبنة) (yogurt tanpa lemak mentega). Apabila kaum
Semitik asli mula mengembara, sama juga dengan cita rasa dan ramuan yang
digemari mereka.
Banyak daripada rempah
yang digunakan dalam masakan Semenanjung Arab juga menyerupai jenis yang
ditekankan dalam masakan India. Hal ini merupakan akibat perdangangan yang
bergerak rancak di antara kedua-dua rantau dan juga samanya dengan keadaan kini
di negara-negara yang kaya dengan minyak yang mana banyak para pekerja Asia
Selatan bekerja di negara Teluk Arab.
Responden keempat bernama
Ahmad Sayid bin Suparlan berumur 42 tahun serta berasal dari Ponorogo,
Indonesia. Beliau adalah dari etnik Jawa. Makanan tradisional bagi etnik Jawa
ialah rawon dan bakso. Rawon adalah daging atau ayam yang direbus sehingga
lembut dan dimasak bersama isi buah kepayang serta dikisar bersama rempah ratus
yang menghasilkan warna kehitaman manakala bakso adalah sup yang mengandungi
bebola daging yang disajikan bersama mi kuning dan bihun. Makanan yang menjadi
kegemaran respondan di Malaysia adalah nasi lemak.
Masakan Indonesia adalah
salah satu tradisi kuliner yang paling kaya di dunia dan penuh dengan cita rasa
yang kuat. Kekayaan jenis masakannya merupakan cermin keberagaman budaya dan
tradisi nusantara yang terdiri dari sekitar 6.000 pulau berpenghuni dan
menempati peranan penting dalam budaya nasional Indonesia secara umum. Hampir
seluruh masakan Indonesia kaya dengan bumbu berasal dari rempah-rempah seperti
kemiri, cabai, temu kunci, lengkuas, jahe, kencur, kunyit, kelapa dan
gula aren dengan diikuti penggunaan teknik-teknik memasak menurut bahan, dan
tradisi-adat yang terdapat pula pengaruh melalui perdagangan yang berasal
seperti dari India, Cina, Timur Tengah, dan Eropah.
Pada dasarnya tidak ada
satu bentuk tunggal “masakan Indonesia” tetapi lebih kepada, keanekaragaman
masakan daerah yang dipengaruhi secara lokal oleh kebudayaan Indonesia serta
pengaruh asing. Sebagai contoh, beras yang diolah menjadi nasi putih, ketupat
atau lontong (beras yang dikukus) sebagai makanan pokok bagi majoriti penduduk
Indonesia, namun untuk bahagian Timur lebih umum dikonsumsi sagu, jagung, ubi
kayu dan ubi jalar. Bentuk penyajian umum sebagian besar makanan Indonesia
terdiri daripada makanan pokok dengan lauk-pauk berupa daging, ikan atau sayur
di sisi piring.
5.0 Kesimpulan
Kebanyakan etnik yang ada
di Malaysia yang pada asalnya bukanlah etnik asal negara ini tetapi datang
secara hijrah disebabkan sebab-sebab tertentu tahu mengenai makanan tradisional
etnik di negara kita. Namun begitu, mereka tidak dapat menjelaskan dengan lebih
terperinci sesuatu makanan itu berasal dari etnik mana kerana kurang pendedahan
berkenaan makanan tradisional mengikut etnik. Terdapat juga faktor lain yang
menyumbang kepada berlakunya masalah ini antaranya dunia hari ini sudah
terdapat pelbagai jenis makanan segera dan makanan baru yang berbagai-bagai
bentuk dan warna sehingga menyebabkan kurangnya tarikan terhadap makanan
tradisional. Selain itu, kebanyakan masyarakat sekarang terlalu sibuk dengan
kerja sehingga kurangnya masa untuk menyediakan sendiri makanan tradisional
etnik di rumah dan selalunya mereka memutuskan untuk membeli makanan diluar.
Oleh hal yang demikian,
generasi akan datang tidak akan dapat mempelajari cara penyediaan makanan
tradisional etnik mereka sendiri dan mereka tidak dapat lagi menikmati keenakan
makanan tradisional etnik mereka sendiri yang bukan sahaja kaya dengan zat dan
khasiat tetapi mempunyai rasa yang tiada tolak bandingnya jika dinilai dengan
makanan segara yang semakin hari semakin popular. Menerusi kajian ini, terdapat
terlalu banyak makanan tradisional etnik yang ada tidak kira dalam negara kita
mahupun bagi etnik di luar negara. Namun begitu, setiap satu makanan
tradisioanal tersebut mempunyai keunikan dan rasa yang tersendiri.
MZ Zainudin, Azizan Tahir
No comments:
Post a Comment