Kegemparan rakyat Malaysia
terhadap penarikan semula gelaran darjah kebesaran Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif
Abd Rahman Jumaat lalu mengundang pelbagai spekulasi. Kita masih
tertanya-tanya apakah kejadian sebenar hinggakan pihak istana begitu marah
kepadanya.
Andaian demi andaian hanya mengundang persepsi negatif terhadap
ketua kerajaan negeri itu. Media melaporkan Ahmad Razif membatalkan semua
program yang melibatkan beliau.
Menteri besar sesebuah negeri
mempunyai peranan dan tanggungjawab besar di samping mempunyai hubungan baik
dengan istana. Mana-mana ahli politik yang dilantik sebagai menteri besar berdepan
dengan cabaran dari pelbagai sudut. Tanggungjawabnya juga tidak pernah surut.
Antara tanggungjawab menteri
besar adalah memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan lancar, disenangi
dan mesra rakyat. Matlamat jauh daripada itu ialah memastikan negerinya
membangun dengan pesat dan meningkatkan parndapatan rakyatnya.
Andai kata terdapat konflik
besar yang berlaku dalam mana-mana bahagian yang mengganggu pentadbiran
kerajaan, ia sudah merencatkan perancangan pembangunan. Pelantikan menteri
besar yang baru hendaklah menepati aspirasi rakyat, menjadi jambatan dengan
istana dan berupaya menunjukkan prestasi dalam pembangunan sosioekonomi negeri.
No comments:
Post a Comment