Motivasi diri tidak
cukup sekadar mengubah sikap.
Langkah seterusnya ialah menentukan cara
pengukuhan selepas perubahan sikap iaitu memilih dengan sedar untuk
melaksanakan lebih banyak dan kerap perkara-perkara yang positif dan mendorong
kepada pencapaian yang boleh diukur.
Seorang kenalan saya yang baru bersara
memilih untuk terus produktif menjadi usahawan yang menjual madu lebah. Beliau
boleh memilih untuk berehat di rumah setiap hari tetapi jika itu pilihannya,
lama-kelamaan masa hidupnya menjadi tidak produktif.
Mengamalkan
tindakan-tindakan positif sudah pasti membuatkan diri sendiri berasa senang dan
selesa.
Jika kita berterusan memikirkan apa yang patut dibuat dan tidak patut
dibuat dan berharap ia akan menjadi kenyataan, selamanya ia tidak akan berlaku.
No comments:
Post a Comment