Saturday, July 03, 2021

Miliki impian yang besar



John F. Kennedy dan Martin Luther King Jr adalah dua orang tokoh yang memberi kesan kepada pemikiran masyarakat Amerika Syarikat. 

Seorang mempunyai visi untuk membebaskan dunia ini daripada kemiskinan dan seorang lagi ingin melihat semua orang sama rata. 

Kennedy memberi harapan kepada usaha besar yang jauh ke hadapan dengan kata-katanya, ‘Permasalahan bangsa tidak mampu diselesaikan dalam 100 hari atau 1000 hari atau sehingga dunia berakhir, tetapi marilah kita memulakannya’. 

King mengimpikan masyarakat yang tidak dihakimi berdasarkan warna kulit. Pidatonya yang terkenal bertajuk ‘I have a dream’ adalah manifesto yang mahi dikongsinya dengan semua orang Amerika tanpa mengira warna kulit. 

Biarpun kedua-duanya tidak dapat hasil mereka ketika masih hidup, namun impian mereka menjadi kebanggaan umum. Untuk berjaya, kita mesti memiliki impian yang besar.


No comments:

Post a Comment