Saturday, July 10, 2021

Cara mudah agihan wang gaji



Kos hidup semakin meningkat setiap hari. Belanja keluarga, anak-anak sekolah dan simpanan kadangkala tinggal sifar sebaik sahaja mendapat gaji. Realiti bekerja makan gaji sememangnya begitu. 

Setiap hujung bulan akan mengeluh kerana wang gaji tidak pernah cukup. 

Jadi, bagaimana hendak mengatasi masalah tidak cukup wang ini? 

Pertama-tamya ialah ubah sikap dan pandangan kita terhadap wang gaji yang diterima setiap bulan. 

Gaji yang kita dapat perlu diagihkan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, sepuluh peratus mesti diperuntukkan untuk simpanan tetap, insurans (takaful) ataupun saham. Setiap bulan, bahagian ini mesti diisi terlebih dahulu. 

Bahagian kedua, 80 peratus ansuran rumah, kereta, bil-bil belanja rumah dan sebagainya.

Bahagian ketiga adalah sepuluh peratus untuk keperluan kecemasan yang mesti disediakan, contohnya beli ubat, bil perubatan dan bayaran-bayaran ketika terdesak. 

Pembahagian seperti ini memudahkan kita membuat jangkaan dan sedikit-sebanyak dapat mengurangkan pembaziran wang belanja.


No comments:

Post a Comment