Saturday, July 17, 2021

Pastikan tidur yang cukup


Beberapa hari yang lalu akhbar melaporkan terdapat orang-orang kaya di China yang tidak dapat tidur lena bagi tempoh masa yang lebih panjang. Mereka tidur antara empat hingga enam jam sehari kerana sering memikirkan keadaan bisnes dan syarikat masing-masing. 

Orang yang kurang kaya pula boleh tidur beberapa jam yang mereka suka. 

Doktor selalu mengingatkan kita supaya berusaha mendapatkan masa tidur yang cukup. Tidur yang cukup setiap hari sangat penting kerana dapat mengekalkan kecergasan fizikal, mental dan spiritual kita. 

Dengan keadaan tubuh badan yang cergas, pemikiran yang cerdas dan keyakinan diri yang tinggi, baharulah kita dapat merasai sesebuah kehidupan yang indah, bahagia dan penuh dengan keceriaan.

No comments:

Post a Comment