Sunday, July 11, 2021

Konsistensi asas kejayaan


Anthony Robbins, seorang pakar perubahan diri menyatakan, ‘If you want to direct our lives, we must take control of our consistent actions’. 

Maknanya ialah jika kita mahu menentukan haluan hidup, kita mesti melakukan tindakan-tindakan yang konsisten (berterusan). Bukannya tindakan ‘hangat-hangat tahi ayat’ atau sekejap sahaja. 

Contohnya kedai nasi kandar. Semasa hari pertama dibuka, berkobar-kobar mencantikkan gerai dengan papan tanda dan kain rentang yang besar. Namun selepas beberapa hari, pelanggan tidak dapat mengagak masa dan hari operasi. 

Tindakan yang baik dan bagus perlu dirancang dengan teliti, bersistematik dan ada hala tuju. Tindakan yang telah menjadi kebiasaan atau tabiat akan menentukan kejayaan suatu hari nanti.

Dalam masyarakat kita juga terdapat peribahasa seperti ‘sikit-sikit lama menjadi bukit’ untuk menggambarkan bahawa konsistensi adalah kunci kepada kejayaan yang berpanjangan. 

Anak-anak muda yang mudah mengalah dan berputus asa dalam usaha mereka wajar menjadikan sifat konsistensi sebagai prinsip diri untuk berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.


No comments:

Post a Comment