Friday, July 09, 2021

Berubah untuk lebih kuat


Proses untuk berubah lebih banyak menyakitkan dan sukar kerana perlu membuang kebiasaan-kebiasaan lama yang telah sebati dalam hidup. 

Hidup yang santai, selesa dan tidak ada hiruk-pikuk menjadi pilihan berbanding perlu berfikir, bekerja lebih kuat, cabaran yang besar atau gagal dalam setiap percubaan. 

Namun, pilihan yang kedua tadi akan membolehkan kita menikmati masa hadapan yang lebih cerah. 

Saya ambil contoh burung helang. Burung ini boleh mencecah usia 70 tahun berbanding burung-burung lain. 

Namun ketika menginjak usia 40-an, burung helang harus melalui proses yang sangat menyakitkan untuk hidup lebih lama. 

Andainya ia berjaya menghadapi detik-detik yang menyakitkan ini, ia boleh terbang lebih jauh, kuasa cengkaman lebih kuat dan dapat menikmati persekitaran hidup yang menyegarkan.

Melalui perancangan, insya Allah perubahan membawa kebaikan kepada kita.


No comments:

Post a Comment