Hidup yang kita lalui setiap hari umpama musim-musim yang sering berganti.
Kadangkala kita dapat apa yang kita mahu, kadangkala peluang yang berada di hadapan mata hilang sekelip mata.
Ada kalanya kita rasa sangat hebat, seolah-olah berada di puncak dunia, namun ada kalanya kita rasa kalah sepanjang masa.
Allah swt meletakkan setiap kejayaan ada halangan yang tersendiri, unik dan memberi pernyataan bahawa kita boleh melaluinya dengan berbagai-bagai cara.
Jika kita dapat mengatasi halangan ini, kita akan bergerak ke aras hidup yang lebih baik. Mereka yang telah berjaya memiliki satu sikap yang hampir sama iaitu fikir positif dalam menghadapi kegagalan.
Falsafah kegagalan ialah menyedari bahawa kegagalan adalah suatu yang biasa dan normal, justeru menyedari kegagalan adalah pintu-pintu kepada kejayaan.
No comments:
Post a Comment