Setiap peringkat hidup yang kita lalui pasti ada satu atau dua peristiwa yang benar-benar memberi kesan kepada hidup kita.
Mungkin sebahagian daripada peristiwa ini menjadi memori yang paling indah seperti melangsungkan perkahwinan dengan orang yang kita cintai ataupun memori yang paling pahit seperti kecewa dalam temuduga naik pangkat.
Memori yang paling indah tidak perlukan apa-apa untuk diubati kerana kita dapat merasai kebahagiaan.
Namun bagaimana hendak mengatasi kekecewaan yang kita hadapi?
Jawapannya ialah perubahan.
Dengan menerima idea untuk berubah, kita bersedia untuk menghilangkan rasa kecewa, membantu merawat dukacita, merangsang daya usaha, membuka laluan hidup baharu, bawa pengalaman baharu dan kegembiraan dalam hidup.
Kuasa perubahan sangat menakjubkan kerana dapat menghilangkan geisah dan kecewa kerana pelbagai masalah hidup.
No comments:
Post a Comment