Friday, July 16, 2021

Menetapkan matlamat



Kadangkala usaha kita menyediakan atau menetapkan sesuatu matlamat diumpamakan seperti penyelesaian yang magik. Kita menggunakan kaedah SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic dan Timely) namun tidak semuanya dapat dicapai. 

Menetapkan matlamat bukannya urutan atau siri yang magik dan boleh berubah dalam masa sehari. ‘Goal setting is a skill’. Ia mesti dipelajari dan dipraktis dalam kehidupan seharian. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kepercayaan yang salah mengenai penetapan matlamat (goal setting). Kepercayaan tersebut adalah impian yang besar (dream BIG), lakukan secara sendirian dan mesti berdisiplin. 

Ketiga-ketiga kepercayaan ini telah lama berakar umbi dalam pemikiran orang yang kerap kali gagal merealisasikan matlamat mereka. 

Hakikatnya ialah kita boleh menetapkan matlamat dengan pelbagai cara.

No comments:

Post a Comment