Institusi pengajian tinggi di Brunei telah berkembang seiring dengan keperluan masyarakat dan negara. Terdapat tiga buah universiti iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB). Sebuah lagi institusi pengajian tinggi, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) memberi fokus kepada pendidikan berorientasikan agama.
Institusi lain adalah Politeknik Brunei dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei. Bulan Ogos dan September adalah bulan konvokesyen, pelajar gembira dan sibuk dengan majlis raptai dan meraikan kejayaan masing-masing. Di Unissa, istilah konvensyen disebut Hafl Al-Takharruj dan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (International Convention Centre) di Berakas.
Institusi pengajian tinggi swasta juga semakin banyak dan menawarkan peringkat pengajian sijil hingga diploma. Antara yang sering mengiklan pengajian adalah Micronet International College (MIC), International Graduate Studies College (IGS), Laksamana College of Business (LCB), Kemuda Institute (KI), Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT).
Setakat hari ini, semua kampus pengajian berada di Brunei-Muara. Unissa akan berpindah ke daerah Temburong apabila kampus baru siap dibina, mungkin dua hingga tahun akan datang. Ada juga institusi yang mempunyai cawangan di daerah Kuala Belait.
Kemajuan pendidikan tinggi memenuhi keperluan pembangunan negara itu seiring dengan pertambahan penduduk. Konsep pendidikan dwibahasa dari peringkat sekolah rendah hingga universiti membantu pemerkasaan bahasa Melayu dan pengukuhan bahasa Inggeris dan Arab.
No comments:
Post a Comment