Tuesday, September 10, 2019

Stesen minyak Shell







Rata-rata stesen minyak di Brunei adalah jenama Shell. Dari Bandar Seri Begawan hingga ke Kuala Belait, kita hanya bertemu dengan jenama Shell yang telah lama beroperasi di negara itu. 

Harga minyak RON97 adalah $0.53 seliter. Harga ini tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu. Dengan $10.00 sekali isian, tangki minyak yang kosong boleh diisi separuh penuh. Harga minya diesel jauh lebih murah. 

Kawalan harga petrol ini dapat mengekang kenaikan harga barangan dan mengekalkan kestabilan harga. Jika terdapat kenaikan harga, biasanya ia dalam julat yang minimum.

Melihat kepada keadaan kebanyakan stesen minyak ini, bahagian kaunter tidak menjual produk harian pengguna sebaliknya menjual produk kereta seperti minyak enjin, bateri, air bateri atau shampo cuci kereta. Bengkel kereta atau tempat mencuci kereta juga tidak ada di sini. 

Pengguna ke sini hanya untuk mengisi minyak dan terus beredar. Namun begitu, ada sesetengah stesen yang membuka kedai jualan pelbagai barang seperti di Malaysia tetapi tidak banyak. 

Jarak stesen minyak yang jauh antara satu sama lain membuatkan pemandu kereta lebih rela beratur panjang. Walaupun beratur, pengguna tetap sabar menunggu giliran mereka.

Kenderaan dengan nombor pendaftaran asing perlu mengisi minyak yang harganya lebih mahal. Dulu ada ura-ura Petronas hendak membuka stesen sendiri di Kuala Belait tetapi tidak pernah menjadi kenyataan. 

Tidak nampak pula stok simpanan liquefied petroleum gas (LPG) di sini. Isian minyak masih menggunakan attendan yang terdiri daripada pekerja tempatan dan asing.



No comments:

Post a Comment