Ini adalah kedai gunting rambut di Gadong, Brunei. Pekerjanya datang dari Kerala, India yang rata-ratanya beragama Islam. Kedai ini bermula dengan menyewa sebelah ruang yang kemudiannya dibesarkan kepada satu aras bawah.
Susunan yang kemas, persekitaran yang bersih dan perkhidmatan gunting yang tangkas. Kemudahan yang disediakan adalah televisyen, kerusi menunggu dan pendingin hawa.
Pekerja memakai uniform baju putih seluar hitam. Mereka menunggu pelanggan di luar premis.
Bayaran gunting rambut dewasa adalah $4.00 sekepala. Kanak-kanak separuh harga. 20 tahun lalu, harganya cuma $2.00.
Selepas gunting, pekerja akan tanya sama ada hendak picit kepala dan badan, saya jawab sikit-sikit sahaja. Kedai gunting rambut di Brunei dimonopoli oleh pekerja India.
Di mana-mana sahaja kedai ini dibuka, ia dilakukan oleh pekerja India. Saya belum pernah berjumpa dengan pekerja tempatan, mungkin kerana upah yang rendah dan masa bekerja yang panjang. Pekerja India lebih lasak kerana mereka diberikan tempat tinggal dan masak berkelompok.
Amalan biasa adalah lesen perniagaan didaftarkan atas nama rakyat Brunei tetapi operasi dilakukan secara usahasama, mungkin dengan pekerja India yang telah lama tinggal di sini.
Premis gunting rambut juga dibuka di kawasan halaman rumah khususnya di pinggir bandar. Bisnes ini memiliki permintaan yang tinggi apatah lagi dengan harga yang rendah.
No comments:
Post a Comment