Harga barang keperluan di Brunei sangat rendah. Dengan wang $10.00, kita dapat membeli banyak barang dapur, keperluan bilik mandi dan makanan.
Ia murah kerana telah disubsidi oleh kerajaan Brunei. Kebanyakan yang diberi subsidi adalah makanan. Produk lain juga disubsidi tetapi harga berbeza-beza mengikut jenama dan keluaran.
Harga produk keluaran Malaysia berbeza dengan keluaran China, Thailand atau Filipina. Biasanya harga barang dari China lebih murah. Oleh kerana produk dari China berada di pasaran Brunei, kebanyakan pengguna lebih selesa memilih produk ini.
Namun begitu, produk dari Malaysia lebih dominan khususnya makanan sejuk beku, makanan kering, barangan dapur dan buah-buahan, lebih-lebih lagi yang bertanda halal seperti makanan dalam tin, snek atau jajan.
Produk keluaran Brunei sendiri lebih tertumpu kepada makanan seperti sayur-sayuran, makanan kering dan roti. Produk seperti perencah makanan dikeluarkan oleh industri tempatan seperti Sabli Food Industries (B) Sendirian Berhad dengan jenama Sabli's yang memang terkenal dalam industri makanan di Brunei sejak 1985.
Syarikat ini memiliki kilang pengeluaran produk sendiri di Lambak Kanan. Antara pasar raya utama di Brunei adalah Hua Ho, Supa Save, Giant dan Jaya Hypermart.
No comments:
Post a Comment