Wednesday, July 17, 2019

Tanggungjawab pengundi muda







Keputusan parlimen Malaysia meluluskan had umur pengundi dari 21 tahun 18 tahun merupakan perubahan yang akan meningkatkan lebih ramai bilangan pengundi berdaftar. Ia juga dilihat sebagai agenda reformasi dalam proses membuat perubahan.

Dijangkakan 7.8 juta orang layak mengundi pada tahun 2023 yang menyaksikan bilangan pengundi meningkat dari 14.9 juta kepada 22.7 juta.

Penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32 juta orang.

Di Indonesia umur pengundi adalah 17 tahun manakala di Singapura masih kekal 21 tahun.

Salah satu implikasi besar dalam perubahan ini ialah lebih ramai rakyat Malaysia diberi peluang, ruang dan suara untuk menentukan hala tuju negara dalam proses demokrasi melalui pilihan raya.

Parti-parti politik juga akan meningkatkan kempen dan mencari pengaruh dalam kalangan pengundi-pengundi muda yang bakal membentuk dimensi baru pilihan raya akan datang.

Walau bagaimanapun menukar had umur mengundi tidak bermakna lebih ramai orang muda akan mengundi Pakatan Harapan kerana orang muda lebih selesa tidak berparti atau memilih sebagai pengundi atas pagar. Mereka tidak ada kesetiaan terhadap satu-satu parti.

Hal ini kerana corak pengundian dalam pilihan raya lepas menunjukkan mereka dipengaruhi oleh isu.

No comments:

Post a Comment