Kita sentiasa diingatkan untuk memberi keutamaan dalam hidup. Namun kita selalu lupa kerana memang sifat kita yang mudah lupa. Kadang-kadang hal yang remeh menjadi keutamaan menyebabkan banyak urusan penting tergendala.
Kita boleh menyusun kategori keutamaan hidup. Pertama, keluarga dan pendidikan anak-anak. Kedua, kerjaya iaitu pembangunan kerjaya untuk naik pangkat dan personaliti. Ketiga, sumbangan kepada masyarakat.
Keupayaan meletakkan keutamaan pada tempat yang betul dapat mengurangkan kos dan menjimatkan masa. Ramai orang yang terpaksa berbelanja lebih kerana mencampuradukkan di antara keutamaan dan remeh-temeh. Andai kita dapat mengurus keutamaan dengan baik, Insya Allah, hidup menjadi lebih bahagia.
No comments:
Post a Comment