Lambang kuat bekerja, bersih, teratur dan sempurna. |
Kebanyakan orang bersetuju jika dikatakan orang Jepun rajin bekerja. Ciri-ciri kerajinan ini terserlah dalam budaya hidup orang Jepun dan mereka memiliki nilai-nilai yang tidak ada pada kebanyakan orang.
Nilai-nilai inilah yang menjadikan mereka lebih berjaya dan hebat. Sejak kecil anak-anak dilatih dengan nilai kuat bekerja, menjaga kebersihan dan teratur serta mahukan kesempurnaan. Semua nilai ini menjadikan orang orang Jepun lebih cerewet, cermat dan cekap dalam membuat keputusan. Apabila bekerja, mereka memberikan perhatian dalam semua perkara, melakukan yang terbaik dan pentingkan kualiti.
Jika kita teringin hendak membeli sebuah televisyen baru, jenama yang mana satu kita akan pilih? Sebut sahaja produk elektrik, sedozen jenama buatan Jepun yang muncul.
Nilai dan budaya yang disemai sejak kecil menjadikan orang Jepun lebih banyak bekerja dan mencipta produk baru yang inovatif untuk masyarakat dunia.
No comments:
Post a Comment