Tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk berjaya dalam hidup |
Apa yang berada di sekitar kita boleh mempengaruhi pemikiran, sikap dan watak kita.
Contohnya orang yang malas akan berubah menjadi rajin jika berkawan dengan rakan-rakan yang rajin, begitu juga sebaliknya.
Saya ingin berikan tamsilan ini dengan keadaan burung-burung camar. Di suatu kawasan pantai, sekelompok burung camar akan berkumpul di kawasan nelayan untuk mendapatkan ikan-ikan percuma yang dibuang oleh nelayan kerana tidak diperlukan.
Oleh kerana senang mendapat makanan, burung-burung itu menjadi malas, gemuk dan lambat bergerak. Namun apabila nelayan mendapat idea bagaimana menggunakan anak-anak ikan yang tidak diperlukan tadi, burung-burung camar kembali kelaparan.
Bagaimana hendak mencari makanan kalau malas? Akhirnya ada yang mati kebuluran.
Apabila kita tidak bersedia ketika susah, kehidupan amat menyeksakan.
No comments:
Post a Comment