Thursday, July 15, 2010

Lewat kahwin jejaskan pembangunan negara

Media melaporkan kadar kelahiran di Malaysia dijangka terus menurun di bawah dua peratus dalam tempoh 20 tahun dari sekarang. Kadar kelahiran ketika ini ialah 2.2 peratus.

Semua orang tahu kadar kelahiran bergantung kepada keaktifan hubungan seks. Secara umum, jika aktif melakukan hubungan seks ini, tentulah bilangan penduduk akan bertambah. Di Malaysia sahaja ada perbezaan yang agak ketara di antara pantai Timur dan Barat. Semasa memberi kuliah pertama kepada pelajar-pelajar tahun tiga, saya mengambil kesempatan untuk bertanyakan bilangan adik-beradik yang mereka ada. Jawapan dari pelajar di pantai Barat ialah sekitar empat hingga enam orang sebaliknya pelajar dari Terengganu dan Kelantan adalah di antara sepuluh hingga sebelas orang. Kesimpulannya ialah penduduk di pantai Timur lebih suka memiliki bilangan anak yang ramai.


Namun aktif berhubungan kelamin bukannya menjadi faktor kepada pertambahan bilangan penduduk yang ramai. Berikut adalah perbandingan negara-negara di mana penduduknya aktif dalam hubungan seks.

Austria
Lelaki Austria paling suka bertukar pasangan (29.3 peratus). Kadar kelahiran ialah 0.86 peratus. Jumlah penduduk adalah 8,214,160 juta. [Durex Sexual Wellbeing Global Survey, 2007]

New Zealand
Wanita New Zealand adalah yang paling kerap bertukar pasangan (20.4 peratus). Kadar kelahiran ialah 1.39 peratus dan jumlah penduduk adalah 4,252,277 juta. [Durex Sexual Wellbeing Global Survey, 2007]

India
Sebanyak 99 peratus suami di India menaruh syak ke atas isteri masing-masing manakala 69 peratus isteri mengesyaki perlakuan sumbang suami mereka. Kadar kelahiran di India ialah 2.18 peratus dan jumlah penduduk 1,173,108,108 juta. [The Great India Sex Survey, 2008]

Israel
Wanita Israel sangat aktif melakukan hubungan seks ketika dalam keadaan gelap dan mereka percaya ukuran zakar mempengaruhi kepuasan seksual. Kadar kelahiran ialah 1.98 peratus dengan jumlah penduduk 7,353,985 juta. [Dr Maryanet Shenker]

Jepun
Sebanyak 34 peratus pasangan di Jepun mengakui sudah tidak bercinta lebih daripada sebulan. Kadar kelahiran di Jepun adalah antara paling rendah di dunia iaitu 0.76 peratus dan jumlah penduduk 126,804,433 juta. [The Japan Family Planning Association, 2008]

China
Hampir 96 peratus generasi muda China mengaku pernah melakukan hubungan seksual dengan pasangan tetap. Manakala 20 peratus lagi mengaku melakukan hubungan seks sebelum umur 20 tahun. [Chinese Academy of Social Science, 2008]

Angka-angka yang ditunjukkan melalui kajian ini memberi panduan kepada kita betapa hubungan seks yang aktif tidak memberi pengaruh yang besar kepada pertambahan penduduk walaupun hubungan seks itu berlaku di usia muda. Macau, sebuah negeri di bawah kekuasaan China mencatatkan peratusan remaja yang aktif melakukan hubungan seks ketika usia belum mencecah 18 tahun iaitu 43 peratus.

Dalam carta 221 buah negara di dunia, sepuluh buah negara yang memiliki kadar kelahiran tertinggi terletak di benua Afrika. Manakala negara yang paling rendah kadar kelahiran ialah Hong Kong (0.74 peratus) berbanding Niger (5.2 peratus). Perbezaan di antara Hong Kong dan Niger sangat ketara tetapi apakah dengan status negara maju menyebabkan penduduknya tidak produktif melahirkan anak?

Di seluruh dunia, kadar kelahiran telah merosot sejak 50 tahun lalu. Terdapat 59 buah negara dengan 44 peratus penduduk dunia sedang berada di bawah tahap kesuburan. Kemungkinan jumlah penduduk dunia akan lebih cepat berkurangan. Di Rusia, jumlah penduduk 145 juta dijangka akan berkurangan sebanyak satu per tiga menjelang tahun 2050. Manakala di negara-negara Eropah, kadar kelahiran yang rendah menyebabkan mereka hilang tenaga kerja sebanyak 20 juta orang pada tahun 2030.

Siapa yang mempengaruhi lelaki dan wanita untuk melewatkan perkahwinan?

Secara tradisi, wanita yang berkahwin dan mengambil bahagian utama dalam membesarkan anak-anak. Namun pengaruh kelompok feminisme dan sosialisme telah menarik wanita-wanita ini ke bandar demi kerjaya dan peluang masa depan. Walaupun di bandar wanita-wanita ini menemui lelaki pilihan mereka, namun masih enggan berkahwin kerana kesan 'penyucian minda' daripada kelompok-kelompok tadi. Pengaruh ini terus dimasukkan ke dalam sistem pendidikan dan pentadbiran negara sehingga mengejar kerjaya dan kesenangan hidup menjadi keutamaan.

Kesan kadar kelahiran yang rendah ialah menjejaskan pembangunan negara. Siapa yang akan membangunkan sumber tenaga negara dan menjaga sempadan negara? Dari segi kebajikan sosial, siapa yang akan membantu generasi tua mendapat kembali pelaburan mereka, jika tidak, sistem pencen akan musnah.
Post a Comment