Monday, July 26, 2010

Malaysia melangkah ke hadapan

Penulis: Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan
Tahun: 2010
Penerbit: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, Puchong, Selangor, Malaysia.
Muka Surat: 417

Buku Malaysia Melangkah Ke Hadapan merupakan sebuah buku yang ditulis oleh dua orang tenaga pakar dalam bidang sejarah dan terlibat dalam menyediakan kursus Pengajian Malaysia. Ia dirangka mengikut keperluan objektif kursus Pengajian Malaysia yang diwajibkan bagi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Membaca buku ini dari awal hingga akhir seolah-olah mengimbau kembali sejarah negara dari dulu sehingga kini termasuk masalah dan cabaran yang dihadapi khususnya ketika mendapat kemerdekaan daripada British. Justeru dalam bab 1, penulis memuatkan latar belakang dan sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Huraian yang panjang adalah bagi memberi kefahaman yang jelas kepada pembaca betapa susur-galur mendapat kemerdekaan bukanlah senang.

Sehingga tujuh bab, buku ini sesuai menjadi rujukan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, guru pelatih di Institut Pendidikan Guru, pelajar yang bakal mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan orang awam. Antara bab yang menjadi pilihan ialah pembentukan negara Malaysia, perlembagaan persekutuan, pembinaan negara bangsa, globalisasi dan pembangunan, Malaysia dan dunia antarabangsa serta alam sekitar dan isu-isu semasa masyarakat.

Bagi pelajar yang sedang mengambil kursus pembangunan sosioekonomi Malaysia, ia turut mendedahkan maklumat berkaitan kemajuan masyarakat sejak merdeka sehinggalah ke hari ini.

No comments:

Post a Comment