Tuesday, July 06, 2021

Rasa bahagia dengan aktiviti sosial


Sebuah kajian dilakukan oleh seorang pensyarah dari University of Pennsylvania tentang dua pilihan aktiviti yang dapat memberi rasa bahagia. 

Kelompok pertama diminta melakukan aktiviti yang mudah tetapi dapat menumbuhkan kebahagiaan dalam tempoh yang singkat. Aktivitinya ialah menonton filem-filem dan makan ais krim. 

Kelompok kedua diminta melakukan tugas yang lebih lasak dan mengambil masa untuk merasai bahagia. 

Aktiviti mereka adalah menjadi sukarelawan membantu memasak dan menyediakan makanan.

Selepas itu, kedua-dua kelompok ini disatukan dan diminta membuat rumusan. Antara kedua-dua aktiviti ini, mana satukah yang lebih memberi rasa bahagia? 

Sebahagian besar peserta menyatakan aktiviti-aktiviti sosial seperti membantu orang lain lebih banyak memberi rasa bahagia. 

Ramai orang yang mencari bahagia bermula dengan memenuhi keperluan diri kemudian mencari apa yang diinginkan seterusnya memberi sumbanga kepada orang lain.


No comments:

Post a Comment